Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.fék] | ايفيک

Definisi : (éfék) kesan: rancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.fék] | ايفيک

Definisi : (éfék) IB surat yg boleh dicagarkan (spt bon, surat saham, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata efek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna efek,teoretisi,kaleidoskop?

Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) .

Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori.

Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya.

 

Makna12.02.2008
Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP)Ejaan yang betul ialah LoklakEjaan04.10.2011

Kembali ke atas