Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang Korpus DBP. Mengikut semakan saya melalui Laman Web DBP, (http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/76?mid=61), saiz korpus DBP sehingga 25 November 2008 adalah lebih kurang 135 juta perkataan. Saya ingin mengetahui: 1. Setakat 28 Mei 2021, berapakah jumlah perkataan terkini korpus ini? Adakah bahan-bahan sentiasa dikemaskini dari tahun 2008 hingga kini? 2. Berapakah jumlah subkorpus yang terangkum dalam pangkalan korpus DBP? Boleh tuan berikan pencerahan dan butiran setiap subkorpus? Setakat 2021, adakah jenis subkorpus masih kekal sama atau terdapat pertambahan? Saya berharap persoalan ini mendapat respon daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih | Sehingga 28/5/2021, bahan-bahan sentiasa dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP dan kini sebanyak 119,326 bahan yang mengandungi 124,743,168 kata. Bahan dalam subkorpus semakin bertambah. Subkorpus kekal: 1) Lain-lain - 13 bahan, 75,201 kata 2) Akhbar, 115,530 bahan, 59,267,169 kata 3) Buku, 822 bahan, 27,823,956 kata 4) Majalah, 1,981 bahan, 10,599,710 kata 5) Efemeral, 36 bahan, 110,676 kata 6) Teks Sastera, 801 bahan, 26,206,665, kata 7) Kertas Kerja, 143 bahan, 659,791 kata
| Lain-lain | 28.05.2021 |