Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt bring about, melakukan, melaksanakan, [or other approp v]: to ~ a retreat, melakukan pengunduran; several important changes have been ~ed, beberapa perubahan penting telah dilakukan; the burglar ~ed an entry through an unlocked window, pencuri itu dapat masuk melalui tingkap yg tdk berkunci; Bismark ~ed the unification of Germany, Bismark berjaya menyatukan Jerman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. also come into ~, come into operation, mulai berkuat kuasa: his appointment takes ~ on the first of August, pelantikannya mulai berkuat kuasa pd satu hari bulan Ogos; to good ~, a. usefully, (dgn) sebaik-baiknya: his skills can be used to good ~, kemahirannya dapat digunakan dgn sebaik-baiknya; b. with good result(s) dgn berkesan: in this artist’s work, vivid colours are used to good ~, dlm karya pelukis ini warna-warna yg terang digunakan dgn berkesan; to /this, that/ ~,lebih kurang /begitulah, demikianlah/ (maksudnya): he said he was fed up with the project or something to this ~, katanya dia sudah bosan dgn projek itu, atau lebih kurang begitulah maksudnya; with ~ from, bermula pd; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in ~, a. in fact, pd hakikatnya, sebenarnya: this in ~ means that the danger is over, ini pd hakikatnya bererti bahawa bahaya sudah berlalu; b. in operation, berkuat kuasa, berlaku: these regulations are still in ~, peraturan-peraturan ini masih berkuat kuasa; /of, to/ no ~, sia-sia saja: we tried again and again but to no ~, kami mencuba berkali-kali tetapi sia-sia saja; take ~, a. produce results, berkesan, memberikan kesan: the pills should take ~ in 30 minutes, pil-pil itu dijangka berkesan dlm masa 30 minit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : /bring, carry, put/ st into ~, a. make st operative, melaksanakan: these proposals will soon be put into ~, cadangan-cadangan ini akan dilaksanakan tdk lama lagi; b. (regulation, law, etc) menguatkuasakan, melaksanakan: the new system of taxation will be brought into ~ in early January, sistem percukaian yg baru itu akan dikuatkuasakan pd awal Januari; for ~, [various translations]: he waved the pistol in the air simply for ~, dia mengacu-acukan pistolnya hanya utk menakut-nakutkan orang; she slammed the door for ~, dia menghempaskan pintu utk menunjukkan kemarahannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. result, a. (gen) kesan: the drug has a strong ~, ubat itu membawa kesan yg kuat; the ~ of light on plants, kesan cahaya thdp tumbuh-tumbuhan; b. (adverse) akibat: the ~s of an earthquake, akibat gempa bumi; c. (indirect) influence, pengaruh: the ~ of rain on plant growth, pengaruh hujan thdp pertumbuhan pokok; 2. impression, kesan: the colours produce a fascinating ~, warna-warna itu menimbulkan kesan yg amat menarik; sound ~s, kesan bunyi; 3. (in pl) goods, barang-barang: household ~s, barang-barang rumah; personal ~s, barang-barang peribadi; 4. (phys) kesan: Doppler ~, kesan Doppler; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata effect


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum, saya seorang pensyarah statistik ingin bertanya tentang perkataan 'effect size' yang kini selalu digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'effect size'?Istilah bahasa Melayu untuk "effect size" ialah kesan saiz.Istilah13.06.2016
Vigor EffectKesuburan dan KecergasanIstilah09.02.2012
translate "VIGOR EFFECT" to B.Malaysia for paddy use.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk vigoe effect.Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "Vigor" bermaksud kesuburan atau kecergasan.Dalam konteks ini, kami berpendapat perkataan kesuburan ialah sesuai kerana merujuk kepada tanaman.Mungkin boleh diterjemahkan sebagai Berkesan menyuburkan tanaman.Perkataan kekalan juga salah perlu ditukar kepada kekal.Istilah09.02.2012
"floor and ceiling effect" dalam bidang penyelidikan pendidikan, apakah istilah yg sesuai? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "floor and ceiling effect". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan menaik dan menurun.Istilah03.12.2013
Mohon terjemahkan "afterburn effect". Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan luka terbakar.Istilah11.10.2016
Salam sejahtera. Istilah manakah yang betul? "Penyembunyian" atau "persembunyian"? Bolehkah istilah "kesan pertentangan" digunakan bagi menterjemahkan frasa "opposition effect" (untuk bidang ilmu falak)?Kedua-dua istilah persembunyian dan penyembunyian adalah tepat. Perkataan tersebut digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my  untuk carian makna.

Jika konsep yang dinyatakan sesuai dengan terjemahan tersebut, kesan pertentangan boleh digunakan bagi terjemahan perkataan "opposition effect".
Ejaan07.11.2013
BOLEHKAH SAYA TAHU, "MEDIATING EFFECT OF EMPOWERMENT BETWEEN HEADMASTERS’ TRANFORMATIONAL LEADERSHIP, ORGANIZATIONAL CLIMATE AND SCHOOL EFFECTIVENESS IN TRANSFORMATIONAL SCHOOLS" INI DALAM bm ADALAH APA? SEKIAN, TERIMA KASIH.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan15.06.2021
ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECTPadanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. Istilah14.06.2008
'Experiments are performed to study the effect of regularization parameter' ; apabila diterjemahkan ayat ini akan menjadi : ' Ujikaji dilakukan untuk mengkaji kesan parameter "regularization"'. Apakah istilah yang tepat untuk "regularization" ?terdapat beberapa cadangan untuk terjemahan di atas.walau bagaimanapun penggunaannya adalah mengikut konteks ayat. 1. mengikut aturan (UDG) 2. tetap (DIDIK) 3. regular (UBAT) 4. pengatur (KIM)Tatabahasa16.08.2007
Terima kasih atas respon. Tetapi istilah "afterburn effect" yang saya maksudkan adalah proses pembakaran kalori selepas bersenam. Saya cuma mahukan kepastian sama ada ia mempunyai maksud yang tertentu dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Untuk konteks yang diberikan, belum ada istilah khusus dalam bahasa Melayu.Istilah13.10.2016
123

Kembali ke atas