Apakah terjemahan bagi perkataan ini? Nurses : A Force for Change Care Effective : Cost Effective Improving Health and Well-Being | Tidak maklumat tentang penterjemahan ayat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu terjemahan perkataan atau istilah dengan merujuk data yang ada dalam kamus atau buku istilah. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2015 |
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasih | Istilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa. | Istilah | 25.04.2010 |
Apakah penterjemahan bagi tajuk berikut: Fabrication and Characterisation of Cost-effective Anthropomorphic Tissue-equivalent Thyroid-neck Phantom for SPECT/CT Imaging | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Pemfabrikatan dan Pencirian Fantom Leher Tiroid Setara Tisu Antropomorfik Keberkesanan Kos untuk Pengimejan SPECT/CT. | Istilah | 07.10.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih. | Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami: 1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar 2. Error Correction Model - model pembetulan ralat 3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
Saya ingin bertanya, nama kertas kerja, atau, tajuk buku, dalam bahasa Inggeris, perlu ditulis dengan huruf condong dan tanda petik' '., ataupun hanya perlu menggunakan salah satu sahaja, iaitu huruf condong atau tanda petik. Contoh, ...the research products submitted, 'In-House Fabricated Cost Effective...' | Untuk maklumat, terdapat perbezaan cara penulisan tajuk antara kertas kerja dengan buku yang telah terbit. Untuk kertas kerja, digunakan tanda "/". Contoh: "In-House Fabricated Cost Effective". Manakala untuk buku yang telah terbit, tajuk perlu dicondongkan. Contoh: In-House Fabricated Cost Effective. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: 1.Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. 2.Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. 3. Join us in creating the future of clean energy. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2016 |
Saya sudah terjemahkan kepada bahasa melayu, untuk penyemakan pihak dewan bahasa dan pustaka. 1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai serta inovatif. 2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang berkesan dan boleh dipercayai paling bersih , selamat, kos kepada negara 3. Join us in creating the future of clean energy. Sertai kami dalam mewujudkan masa depan tenaga bersih. | 1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. - Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai tambah serta inovatif. 2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. - Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga keberkesanan kos yang boleh dipercayai, paling bersih dan selamat untuk negara. 3. Join us in creating the future of clean energy - Sertai kami untuk mewujudkan masa depan tenaga yang bersih. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.07.2016 |
Assalam, Saya belum jumpa terjemahan untuk 'onboarding' dalam laman sesawang PRPM. Bolehkah saya menterjemahkan 'onboarding' sebagai 'suai tugas' dalam konteks yang diberikan di bawah ini. Petikan daripada wikipedia: Mechanism through which new employees acquire the necessary knowledge, skills, and behaviors to become effective organizational members and insiders. Tactics used in this process include formal meetings, lectures, videos, printed materials, or computer-based orientations to introduce newcomers to their new jobs and organizations. Terima kasih, Rosidah Mohamad | Cadangan menterjemahkan "onboarding" kepada suai tugas boleh diterima. | Istilah | 18.06.2017 |
Boleh kah penterjemahan buku versi bahasa inggeris dibuat dalam bahasa malaysia tetapi dengan menggekalkan beberapa istilah dalam bahasa inggeris. Seperti 7Habits, Be proactive, Begin with end in mind, Put First THings First. Bukan kah ini menunjukkan kelemahan kepada BAHASA MALAYSIA. I rujuk kepada buku bertajuk 7 Habits Of Gighly Effective People yang diterjemah dan di cetak oleh PTS Sdn Bhd. | Untuk makluman, istilah bahasa Inggeris hanya boleh dikekalkan sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang rasmi. Dalam konteks ini, ayat yang dikemukakan boleh diterjemah kepada bahasa Melayu kerana perkataan tersebut bukan istilah khusus. | Istilah | 15.03.2016 |
intrusion utk makna di atas, mohon pencerahan kerana: dlm MABBIM - istilah Malaysia = penerobosan dlm istilah Malaysia (Kejuruteraan) = perejahan Soalan sy: 1. Kenapa penerobosan tiada dlm istilah Msia tetapi ada di dalam MABBIM - Malaysia? 2. Dari segi keutamaan, istilah Malaysia kemudian MABBIM? 3. Bagaimana kalau penerobosan dirasakan lebih tepat? Contoh ayat: A kick is an intrusion of unwanted fluids into the wellbore such that the effective hydrostatic pressure of the wellbore fluid is exceeded by the formation pressure. | Saya akan ajukan soalan ini kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dihantar melalui e-mel. | Lain-lain | 09.06.2014 |