Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.fi.sien] | ايفيسيئن

Definisi : (éfisien) bkn individu, organisasi, mesin, dll yg boleh menjalankan tugas dgn cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga); keefisienan perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan: rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.fi.sien] | ايفيسيئن

Definisi : /éfisién/ 1 mampu mengerjakan sesuatu tugas dgn tepat dan cermat (tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja) 2 sesuai atau cocok benar digunakan utk sesuatu tujuan (kerana tidak membazirkan waktu, tenaga atau belanja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata efisien


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan bagi perkataan ; komersial atau komersil, efisien atau efisyenEjaan yang betul ialah komersial dan efisien.Ejaan21.07.2009
Apakah yang dimaksudkan dan perbeazaannya dengan efisyen dan efektif dalam konteks perniagaan? Adakah sama maksud atau berlainan. Minta lampirkan sekali dengan contoh yang sesuai dalam konteks perniagaan.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 efisien bermaksud cekap,( iaitu berkenaan individu, organisasi, mesin dll yang boleh menjalankan tugas tanpa pembaziran waktu atau tenaga). Efektif bermaksud ada kesannya(pengaruhnya), berkesan,mujarab(berkenaan ubat). Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa efektif dan efisien membawa maksud yang berlainan. Contoh penggunaan dalam ayat: i. Sistem penyampaian yang efisien dan efektif dapat memenuhi keperluan pelanggan dan seterusnya memberikan kepuasan kepada mereka.Makna25.07.2007
Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi."Ayat yang betul:

1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan.

2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan.

3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat.
Lain-lain04.09.2019
mohon dapatkan makna PENGURUSAN; kurang efisyenMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;.

Manakala efisien bermaksud berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang  boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga).
Makna29.10.2013
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan – tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh dTiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan ‘isih’ atau ‘pengisihan’ sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda.Makna14.12.2017
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih.Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus.Tatabahasa27.09.2013
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Istilah22.12.2014

Kembali ke atas