Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata egg

Peribahasa

44

Better an egg today than a hen tomorrow

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but better an egg today than a hen tomorrow . Since the economy was in a bad shape, it was unwise fo

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penganti perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk digunakan bagi dua perkataan ini: 1) Egg Sheet 2) Shredded EggMohon pihak puan mengemukakan konsep perkataan bahasa Inggeris tersebut untuk kami berikan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.



Makna13.06.2024
Salam sejahtera, Macam mana untuk mengatakan situasi "chicken and egg" dalam bahasa Melayu? Adakah wujudnya peribahasa bahasa Melayu yang sepadan dengan "chicken and egg"? Sekian, terima kasih.Dicadangkan peribahasa bahasa Melayu yang paling hampir untuk chicken and egg ialah bagai isi dengan kuku. Terima kasih.Lain-lain08.01.2011
Apa terjemahan "dried egg"?Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan12.12.2024
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk: 1)Blood orange. 2)Tempered chocolate. 3)Pushing boundries. 4)Food truck (menjual makanan dari trak) 5)Century egg 6)Chicken tenders (sejenis hidangan) 7)Pan-sear (cara masakan) 8) Bezel (untuk jam tangan dan telefon bimbit) 9)South Carolina (adakah ia kekal seperti itu atau diterjemah sebagai Carolina Selatan?) 10) Mengapakah ayat sukakan, rindukan dan sepertinya salah dari segi gramatis?1. Padana bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan. South Carolina perlu diterjemah kepada Carolina Selatan. Perkataan lain yang dikemukakan tidak mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Sila berikan konsep istilah tersebut untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
2. Tidak ada perkataan "rindukan" dan "sukakan" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang betul ialah suka akan dan rindu akan.
Istilah21.10.2016
penggunaan mana yang betul "telur masak separuh" atau "telur separuh masak"Telur separuh masak ialah istilah yang digunakan dan terjemahan daripada half-boiled egg.Lain-lain05.08.2016
Soalan saya ialah : Adakah perkataan "kuning telur" atau "telur kuning" yang patut digunakan? Saya mendapati "kuning telur" yang sepatutnya digunakan tetapi jika merujuk kepada Hukum D-M, perkataan yang dikira sebagai betul ialah "telur kuning". Hal ini kerana "telur" bertindak sebagai perkara yang diterangkan ataupun inti, manakala "kuning" pula bertindak sebagai penerang. Tetapi persoalannya mengapa "kuning telur" yang dianggap betul bukannya "telur kuning"?
Untuk makluman tuan, perkataan kuning telur merupakan kata nama yang diterjemahkan daripada bahasa sumber bagi egg yolk.
Tatabahasa27.05.2020

Kembali ke atas