Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.go] | ايݢو

Definisi : (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~ny (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.go] | ايݢو

Definisi : /égo/ 1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ego


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih..

Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain.

Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud.

Lain-lain14.06.2010

Kembali ke atas