Mohon pencerahan mengenai sebutan perkataan "ee", di mana ia digunakan sebagai sr kata untuk menarik perhatian. Adakah sebutannya sama seperti "eh eh"? Terima kasih. | Kata ee disebut sebagai (éé) sama dengan eeh (ééh). Sila rujuk versi bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 377. | Tatabahasa | 17.03.2020 |
Eh, Kishan kamu di sini! Eh, Kishan! Kamu di sini. Eh, Kishan, kamu di sini! Penggunaan tanda baca yang mana satu baru betul. Terima kasih. | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, tanda baca yang betul ialah Eh, Kishan kamu di sini! | Lain-lain | 21.09.2021 |
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat? | Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat? | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih | “Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!” Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat? | Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll). Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 21.05.2020 |
Salam, Apakah tanda baca yang sesuai di hujung ayat ini? Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya! Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? Terima kasih. | Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? | Lain-lain | 09.05.2014 |
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah! | Tatabahasa | 16.05.2020 |
1. ( Eh / Oh ), payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Apakah jawapan yang sesuai tentang soalan ini ? Terima kasih. | 1. Eh, payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Betulkah penggunaan tanda seruan ! dalam ayat ini “Eh! Bukan sayalah yang bertugas hari ini,” ujar Sarah dengan yakin. | Penggunaan tanda seru yang betul ialah "Eh, bukan sayalah yang bertugas hari ini!", ujar Sarah dengan yakin. | Tatabahasa | 03.10.2024 |