Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ehsan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima KasihEjaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad.Lain-lain29.10.2010
Ehsan atau Ihsan perkataan yang sebenar, Terima kasih

Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ishan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Makna01.06.2009
Saya ingin mengetahui apakah ejaan sebenar Ehsan. Jika ejaannya ialah - Ehsan, adakah kesalahan jika kita menggunakn Ihsan dan mengapa? terima kasih.

Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Makna28.10.2010
Apa maksud Darul Ehsan, Mengapa gunakan perkataan Darul pada negeri-negeri di Malaysia. Sekian terima kasihdalam bahasa Arab, darul bermaksud rumah. Dalam hal ini, darul telah diperluaskan maknanya menjadi negeri. Oleh itu, darul ehsan bermaksud negeri yang bersifat ehsan manakala darul makmur ialah negeri yang makmur dsb.Makna10.12.2007
Ihsan @ ehsanIhsan - Beribadat kpd. Allah dan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah swt.Lain-lain12.06.2007
Ini soalan ulangan: Isunya cara mengira jumlah perkataan. Pemeriksa BM PMR dan SPM mengira nama khas “Selangor Darul Ehsan” satu perkataan. Pada saya, ada tiga perkataan, iaitu “Selangor”, “Darul” dan “Ehsan”. Siapakah yang DBP kata betul: saya atau pemeriksa BM PMR dan SPM?Untuk makluman kami menilai pertanyaan saudara dari sudut kerja penyuntingan. Selangor Darul Ehsan dikira sebagai tiga perkataan tetapi berdiri sebagai satu entiti. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk pihak yang berkenaan, terima kasih.Lain-lain28.01.2009
Assalamualaikum wrt. wbt., Kebiasaannya pihak kami menggunakan perkataan "Ehsan daripada ...." tetapi hari ini saya dapati ia tiada dalam senarai tesaurus DBP. Adakah hanya perkataan "Ihsan" yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan kerana perkataan "Ehsan" juga banyak digunakan oleh agensi-agensi lain dan media. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Ejaan23.05.2011
Cuti ihsan atau cuti ehsanFrasa yang betul ialah cuti ihsan.Ejaan09.03.2016
Pengesahan visual iklan berwarna untuk ZL LIGEL MOTORSPORT NO.53 JALAN SELAYANG SEGAR, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “dbpsahbahasa.my”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur  DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak).Lain-lain10.01.2020
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih.Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat.Makna04.03.2009
123

Kembali ke atas