Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang: 1. Bolehkah saya mencipta satu perkataan baru? 2. Sekiranya boleh, bagaimanakah caranya? 3. Sekiranya tidak boleh, kenapa? 4. Saya secara peribadi, beranggapan bahasa yang digunakan untuk memtafsir perkataan "future" atau dalam bahasa melayu nya "masa depan" adalah tidak sesuai. Sekiranya perkataan baru dicipta, contohnya dengan menggunakan gabungan perkataan tersebut untuk dijadikan 1 perkataan adalah lebih baik. Contohnya: 1. Era + Muka = Erka 2. Abad + Depan = Aban 3. Zaman + muka = Zuka Minta maaf sekiranya cadangan saya ini tidak kena pada caranya. Saya hanya berpendapat, sepatutnya ada satu perkataan yang boleh digunakan untuk memaksudkan "future" atau "masa depan". Saya mohon pihak tuan boleh memberikan jawapan. Sekian, Terima kasih Faisal Noorazman 0172932617 | Untuk makluman tuan, Bahagian Perkamusan, DBP menangani hal ehwal perakaman entri (kata atau ungkapan dalam kamus) dan penyusunan kamus. Terdapat tatacara khusus dan pedoman yang perlu dipatuhi dalam pembentukan kata baharu. Orang awam boleh memberikan maklumat dan mencadangkan kata baharu melalui menu Gerbang Kata yang boleh diakses melalui laman web PRPM. Satu aspek lagi yang tuan nyatakan ialah penterjemahan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Dalam hal penterjemahan ini lazimnya perkataan bahasa Inggeris diterjemahkan kepada perkataan bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. Sekiranya tiada, barulah kata baharu dicipta berdasarkan konsep makna kata tersebut dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.11.2022 |