| Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak? | Ejaan yang betul ialah izin-Nya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
| Bagaimana eja "ibunyalah" (ibu + -nya + -lah) dalam tulisan Jawi? Adakah -nya di perkataan itu dieja dengan alif kerana diakhiri -lah atau tiada alif? | Ejaan Jawi bagi perkataan "ibunyalah" ialah ايبوثله | Ejaan | 30.03.2021 |
| Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif? | Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
| hi. saya guru tadika. Baru -baru ini saya mendapati buku baru terbitan bahasa melayu untuk tadika ia punya suku kata sudah bertukar. seprti ini ma+in =main sebelum ini tetapi sekarang suku kata baca (main), du+ri+an=durian sebelum ini,tapiu sekarang suku kata nya baca du+rian=durian. lu+ar=luar sebelum .......(luar) sekarang. boleh beritahu yang manakah bacaan ,eja ,suku kata yang betul? | Ada dua perkara yang berbeza di sini, satu pemenggalan kata dan satu lagi sebutan, contohnya; main - pemenggalan kata/suku kata (ma+in), tetapi sebutannya (main), durian; suku kata (du+ri+an) sebutannya (du+rian), luar; suku kata (lu+ar) sebutannya (luar) | Tatabahasa | 20.11.2007 |