Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejaan nanas

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
Salam. Saya ingin mengajukan soalan. Kenapa ya ejaan bumiputera betul tetapi bumiputra salah? Kenapa ejaan nanas betul sedangkan kita sering mendengar ejaan nenas dalam pertuturan harian? Boleh saya tahu adakah catit merupakan sistem ejaan lama dan catat merupakan ejaan yang terkini? Sekian. terima kasih.
Untuk makluman puan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. 
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 
Bahasa Melayu  mempunyai sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam urusan rasmi. 
Tatabahasa20.07.2021
Apakah beza nanas dan nenas? Ejaan yang sebetulnya adakah nanas atau nenas. Jika kedua-duanya betul, apakah situasi yang sesuai untuk pengunaannya?Istilah yang betul ialah nanas.Istilah10.04.2010
Request correct spelling - is it "nenas" or "nanas"?Ejaan yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan19.02.2014
pineapple dalam bahasa malaysia adakah nanas atau nenas?Yang betul ialah nanas. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan01.06.2009
bolehkah pihak DBP menyemak yang mana satu merupakan ejaan betul? 1) Menafsir/mentafsir 2) nanas/nenas(sbb nenas pun ada di kamus juga) Terima kasih DBP1. Kata terbitan yang betul ialah mentafsir. Tafsir ialah perkataan Arab sama seperti terjemah (menterjemah) dan kata terbitan daripada tafsir tidak mengikut rumus pembentukan kata bahasa Melayu.

2. Ejaan yang betul ialah nanas. Entri nenas ada dalam Kamus DBP, dan diberi tanda anak panah kepada perkataan di hadapannya, iaitu nanas. Ini bermakna pembaca perlu merujuk perkataan di hadapannya.
Ejaan10.04.2022
Salam sejahtera, Pihak kami ingin bertanya, adakah ejaan untuk buah NENAS dibenarkan pada label makanan. Sekian terima kasih.Ejaan yang betul ialah NANAS.Ejaan15.03.2021

Kembali ke atas