bagaimanakah ejaan perkataan insyaALLAH yang sebenar dan terbaru?adakah IN SYA ALLAH atau INSYA ALLAH? dan mengapa ejaan nya sedemikian sila beri penjelasan | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah insya-Allah. | Ejaan | 06.05.2015 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Saya mohon kepastian dari pihak PRPM mengenai perkataan "woksyop". adakah ejaan nya masih lagi boleh digunakan?Ataupun ia telah diperbaharui ejaan tersebut.. mohon maklumbalas segera.. | Ejaan yang betul ialah woksyop. | Ejaan | 22.07.2013 |
terdapat beberapa perkataan yang ejaan betulnya telah dipersetujui seperti sama ada reka bentuk dsbnya. Tetapi apabila menggunakan perkhidmatan PRPM masih ada lagi perkataan yang ejaan nya salah seperti samada, rekabentuk. Jadi ini mengelirukan terutama pelajar sebab ia ada dalam PRPM DBP yang dianggap sentiasa betul. Harap maklum. | DBP sentiasa memastikan maklumat yang dipaparkan dalam PRPM sentiasa betul. Oleh sebab itu, PRPM menyediakan pilihan perkhidmatan bergantung pada keperluan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip samada, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan ejaan “sama ada’ yang tepat. | Ejaan | 24.02.2014 |
Tuan/Puan/Cik, Saya ingin meminta pendapat pakar-pakar di DBP tentang ejaan Jawi perkataan Inggeris "mingle" (bunyi fonetik: ˈmɪŋ.ɡəl). Kawan dari Abu Dhabi berkata bahawa ejaan nya adalah مينفل. Tetapi bunyi "ˈmɪŋ.ɡəl" dalam ejaan Jawi menggunakan huruf-huruf ڠ (nga) dan ڬ (ga) yang unik dalam abjad Jawi; misalnya "minggal" dieja ميڠڬل. Pada pendapat pihak DBP, apakah ejaan yang betul? | Ejaan Jawi yang betul bagi perkataan mingle ialah ميڠڬل. | Ejaan | 25.12.2019 |
Assalamualiakum.. 1. Saya ingin membuat pertanyaan ini, apakah yang dimaksudkan dengan "penglobalan Bahasa Melayu melalui iklan". 2. Bagaimana dengan masalah penggunaan papan tanda/ iklan yang masih menggunakan sistem ejaan melayu lama, seperti; Sharikat Perusahaan Ah Leng. perkataan 'Sharikat' itu kini ejaan nya telah diubah kepada "Syarikat", tetapi pemilik itu tidak mengubah ejaan tersebut di papan tanda itu.Bagaimanakah DBP melihat/mengatasi masalah ini sekian, | Pengglobalan Bahasa Melayu melalui iklan, bermaksud proses menjadikan bahasa Melayu bersifat sejagat ialah melalui iklan. Oleh itu, setiap iklan mestilah betul bahasanya, baik dan berkesan. Masalah penggunaan iklan yang masih menggunakan ejaan lama tidak seharusnya timbul jika setiap pihak bertanggungjawan dan melalui prosedur yang betul dalam penamaan tempat, syarikat, bangunan, papan tanda dan sebagainya. Jika di Kuala Lumpur, setiap syarikat iklan mesti mengemukakan permohonan iklan kepada DBP terlebih dahulu untuk dibuat pengesahan bahasa yang digunakan dan setelah itu barulah dikemukakan kepada pihak DBKL. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
1)reda atau redha 2)-nya atau -Nya (Allah) | 1)reda 2)-Nya (Allah) | Ejaan | 01.11.2011 |
ejaan sebenar untuk gantinama Allah 1. hambanya 2. hambaNya 3. hamba-Nya | Ejaan yang betul ialah hamba-Nya. | Ejaan | 04.07.2012 |
INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-Nya | Ejaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang. | Ejaan | 04.04.2012 |
Bagaimana untuk menggandakan perkataan "hamba" untuk digabungkan dgn Tuhan. Contoh, adakah "hamba-hamba-Nya" adalah kata ganda yang betul untuk "hamba-Nya"? | Ejaan yang betul ialah hamba-Nya dan tidak perlu digandakan kerana hamba-Nya boleh membawa makna tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Ejaan | 21.10.2016 |
Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:10am Assalamualaikum. Saya ada soalan. Bagaimana ejaan yang betul untuk 'nya' yang dirujuk kepada Allah ? A- kepadanya B- kepadaNya C- kepada-Nya Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:11am Mohon jawapan daripada pihak tuan | Ejaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah kepada-Nya. | Ejaan | 01.06.2015 |