Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa ejaannya bukan kebanyakkan?kebanyakkan- kebanyakan (tepat)

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, hanya terdapat imbuhan apitan ke-...-an. kata dasar 'banyak', apabila menerima imbuhan akan menghasilkan seperti di bawah:
ke+banyak+an.
Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa27.08.2012
Yang manakah ejaannya adalah betul? "Maksima" atau "Maksimum"? "Minima" atau "Minimum"?Ejaan yang betul ialah maksimum dan minimum.Ejaan19.07.2016
Assalam... saya nak tanya... sekiranya bahasa English ingin di jawikan.... adakah ejaannya itu mengikut huruf atau mengikut bunyi. Contoh POWER, adakah ejaannya ڤووير atau ڤاورPerkataan bahasa Inggeris yang hendak dijawikan dieja mengikut sebutan asal dalam bahasa Inggeris. Ejaan yang betul ialah ڤاورEjaan24.12.2020
perkataan timbal balik adakah satu perkataan atau dua perkataan. jika diletakkan imbuhan me...bagaimanakah ejaannya.. jika diletakkan imbuhan di... bagaimanakah ejaannyaPerkataan timbal balik ditulis dalam dua perkataan. Dengan imbuhan me..., menjadi menimbal balik manakala dengan imbuhan di... menjadi ditimbal balik.Ejaan24.11.2008
Yang manakah betul? 1. berjimat cermat atau berjimat-cermat? 2. nyamuk Aedes atau aedes?Ejaannya ialah berjimat cermat.
Ejaannya ialah nyamuk Aedes
Ejaan08.10.2018
Assalamualaikum, Adakah perkataan "standard" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan dikekalkan ejaannya? Terima kasih.Perkataan "standard" telah diterima dalam bahasa Melayu dan ejaannya dikekalkan.Ejaan28.05.2012
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh.Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih.Tatabahasa27.05.2008
Untuk kasut dan kain 'oxford', adakah bahasa Melayu akan mengekal ejaannya atau serap menjadi kasut oksford atau kain oksford? Oksford dalam hal ini bukan nama tempat tetapi jenis kain/gaya kasut.Kami mencadangkan "Oxford" dikekalkan ejaannya.Istilah10.04.2022
ejaan perkataan dalam tulisan jawi : SmartTulisan Jawi untuk "smart" bergantung kepada sebutan yang tuan pilih.  Jika sebutannya tanpa bunyi "R" ejaannya سمت
tetapi jika sebutannya ada bunyi "R" ejaannya ialah سمرت
Ejaan19.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas