Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang ekonomi yg menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini?Bangsa gemilang bermaksud  bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan  bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar  mereka juga dianggap gemilang.Makna03.03.2008
Maksud serikandi dan cara penggunaannyaBerdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), srikandi dikiaskan sebagai wanita yang banyak berjasa dan berjaya dalam sesuatu bidang. Contohnya: Beliau dianggap sebagai srikandi negara kerana banyak membantu memajukan ekonomi, politik dan sosial.

Makna kedua srikandi ialah wanita yang gagah berani dan pandai bermain senjata serta handal seni pertahanan diri. Contohnya: Khabarnya anak buah Hang Tuah termasuk empat pahlawan terbilang yang lain serta beberapa orang srikandi akan bermain senjata.

Makna ketiga bagi srikandi yang dilabelkan sebagai kata arkaik ialah isteri kepada Dewa Hindu yang bergelar Arjuna atau Dewa Rajuna.
Makna19.08.2025
Bagaimana kedudukan bahasa melayu pada zaman sekarang dari sudut politik, ekonomi dan sosial?Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain08.09.2007
Apakah kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata berdasarkan ayat-ayat diberikan di bawah?Bolehkah menjelaskan sebab-sebab kesalahan tatabahasa itu?Terima kasih Dalam hal itu,negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN)dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard(SOP)yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi,politik dan sosial.
Cadangan jawapan yang betul ialah "Dalam hal itu, negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN) dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomipolitik dan sosial."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa16.07.2021
1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Tatabahasa18.07.2008
Mengapa bahasa melayu tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia

Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dan tajuk ini memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian yang terperinci untuk mengenal pasti faktor sebenar mengapa bahasa Melayu dikatakan tidak dapat bersaing dengan bahasa lain sebagai bahasa utama dunia. Oleh itu, kami sarankan saudara rujuk buku atau makalah yang berkaitan.

Lain-lain03.07.2011
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih."Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial".Penyemakan dan penterjemahan24.11.2014
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan.Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam.Lain-lain23.06.2008
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetikDisleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum.Makna28.09.2007
Bagi sesebuah forum, perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan; speaker atau ahli panel?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud speaker ialah  orang yg mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara) manakala panel ialah kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu. Maka perkataan yang sesuai digunakan dalam ceramah ialah ahli panel.Makna15.03.2019
12345

Kembali ke atas