Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.no.mis] | ايکونوميس

Definisi : (ékonomis) Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dgn membazir atau berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Tatabahasa11.07.2008
Adakah akhiran -is juga merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Inggeris?Antara bentuk akhiran asing daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris termasuklah -is seperti ekonomis dan prgmatis.Tatabahasa24.03.2013
Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768) menggariskan fungsi Lembaga Teknologis Malaysia untuk mengiktiraf Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah sebagai profesional. Namun, istilah Teknologis belum tersenarai dalam Dewan Bahasa. Apakah prosedur untuk memasukkan istilah tersebut dalam Dewan Bahasa?Kata technologist (bahasa Inggeris) diberikan padanan ahli teknologi atau juruteknologi, namun kata teknologis telah digunakan dalam akta dan juga gelaran profesional di negara ini, maka kata ini layak untuk dicalonkan sebagai kata baharu dalam bahasa Melayu. Pola pembentukan kata pinjaman asing ini sama dengan kata berakhiran -is yang lain, seperti novelis, cerpenis, dramatis, ekonomis dan sebagainya.

Kami mengambil maklum tentang kehadiran kata teknologis dalam penggunaan semasa. Perakaman kata ini sedang diusahakan dalam penyusunan kamus edisi berikutnya. 
Lain-lain27.06.2023

Kembali ke atas