Anak saya bertanya tentang penjodoh bilangan untuk ekor. se ? ekor. terima kasih | Tuan, Ekor merupakan penjodoh bilangan bagi binatang: contohnya, seekor lembu, dua ekor lembu jantan, dan sebagainya. | Lain-lain | 21.03.2009 |
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih. | Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet | a. Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu". b. Sediakala b. Internet Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_) | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
1. Dua ekor ayam. 2 Lima biji durian. Dalam frasa di atas ekor dan biji ialah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan termasuk dalam golongan kata apa? Daripada 16 kata tugas, penjodoh bilangan tidak tersenarai. Apakah golongan kata bagi penjodoh bilangan? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. | Istilah | 11.07.2009 |
Ayat mana satu betul? A. Berapakah ekor ikan kamu makan ? B. Berapa ekor ikankah kamu makan ? | Ayat yang betul ialah "Berapa ekorkah ikan kamu makan?". | Tatabahasa | 03.05.2012 |
betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembu | Ayat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Saya ingin tahu yang manakah soalan yang betul ? a Berapakah ekor rama-rama terdapat di taman ? b Berapa ekor rama-ramakah terdapat di taman? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berapa ekorkah rama-rama terdapat di taman". | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
ANAK PATUNG BERUANG PERLUKAN PENJODOH BILANGAN ATAU X??? 1. Dua ekor anak patung beruang 2. Dua anak patung beruang | Penjodoh bilangan untuk anak patung beruang ialah ekor. | Tatabahasa | 30.07.2011 |