| Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya semasa melalui ekspedisi itu. Adakah penggunaan melalui ekspedisi itu gramatis? | Ayat: Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya melalui ekspedisi itu. Penggunaan frasa "melalui ekspedisi itu" kurang gramatis dalam konteks ayat tersebut tetapi sering digunakan dalam bahasa percakapan. Yang berikut merupakan contoh ayat yang lebih gramatis: 1. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya semasa menempuh ekspedisi itu. 2. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya sepanjang ekspedisi itu. 3. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya dalam ekspedisi itu. 4. Kisah ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya yang terlibat dalam ekspedisi itu. | Tatabahasa | 11.10.2025 |
| Salam, betulkah ayat tanya ini? "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih. | Ayat "Siapakah lagi yang akan menyertai ekspedisi ini?" betul. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
| Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih. | Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?". | Tatabahasa | 08.08.2011 |
| Siapa-siapa yang hendakkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah. Adakah penggunaan Perkataan "hendakkan" salah? Jika salah, apakah cadangan jawapan yang lebih tepat? | Ayat yang betul ialah "Sesiapa yang hendak mendapatkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah." | Tatabahasa | 04.07.2013 |
| Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam. | Dimansuhkan bermakna dibatalkan. Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah. | Istilah | 13.06.2014 |
| maksud safari | Maknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Makna | 17.01.2010 |
| 1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih. | Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
| EJAAN BAHASA MELAYU BAGI EXPEDITION | Ejaannya ialah ekspedisi. | Ejaan | 27.07.2009 |
| Berhubung dgn pertanyaan tentang penggunaan kata partikel '-kah', menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ini turut dikenal sebagai kata penegas. Apabila kata penegas ini diletakkan di sini, iaitu Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini, adakah ayat ini gramatis... Maksudnya, perlukan diletakkan perkataan 'jumlah' menjadi, Berapakah jumlah peserta yang ...... Terima kasih. | Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini? - ayat ini betul | Tatabahasa | 08.08.2011 |
| Ayat berikut betul atau salah dan jika salah mohon penjelasan. 1.Harap dapat makluman awal tentang latar belakang tempat itu. 2.Beberapa orang ahli pasukan pengakap telah berjaya dalam ekspedisi kembara. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan betul. | Tatabahasa | 23.07.2013 |