Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pré.sif] | ايکسڤريسيف

Definisi : (éksprésif) bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas: sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pré.sif] | ايکسڤريسيف

Definisi : /éksprésif/ mampu atau dpt melahirkan maksud, perasaan dll: Puisi ciptaannya sangat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspresif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apamakna bahasa reseptif dan bahasa ekspresif?

Menurut Kamus Dewan, reseptif ditakrifkan sebagai mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (contohnya seperti idea baru, cadangan, dsb).Ekspresif pula ditakrifkan sebagai bukan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas. Contoh ayat untuk melihat contoh dengan lebih jelas kata ini ialah mereka begitu reseptif  terhadap rancangan baru itu.

Makna07.01.2008
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010

Kembali ke atas