Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata el


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syams El-Bahri El-Banjari WED 17:24 Syams El-Bahri El-Banjari Syams Assalam'alaikum... Salam kenal. Saye dari Kuala Tungkal-Jambi. Saya nak tanye, apakah Saye bise dapatkan buku novel Selempang Merah Panglima Shaleh oleh Zahara Nawawi?Waalaikumussalam. Untuk makluman, buku Selempang Merah Panglima Saleh masih dalam proses cetak semula. Mohon hubungi Encik Abd Khalid di Bahagian Pemasaran DBP melalui alamat e-mel abd.khalid@dbp.gov.my untuk mendapatkan perkembangan buku ini. Terima kasih.Lain-lain23.11.2016
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu  -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:
1. Sisipan -em-:  KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak
2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman
3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak
4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa26.07.2021
Nuar El-Ummar Jan 8th, 11:06pm Assalamualaikum.. blh saya tanya, di manakah sy boleh dapatkan khidmat ejaan trkini jawi ya. terima kasih.Tuan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, taip kata yang dicari, contohnya "ejaan", klik data daripada "Kamus Rumi-Jawi.Lain-lain08.01.2015
Thiqa El Nur Nov 2nd, 1:23am Salam sejahtera.. Saya ingin minta pandangan drpd DBP mengenai soalan peperiksaan sekolah rendah tahun 3. Seperti dibawah ini: Ibu mandikan adik dengan ________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik menunjukkan umur berapa tahun? Waktu pagi itu pukul berapa? Diharap respon soalan saya secepat mungkin . Terima kasih.Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas/hangat. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk menilai perbendaharaan kata pelajar.Makna02.11.2014
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih.Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. Tatabahasa03.09.2008
adakah perkataan pelbagai,peringkat dan pertama dikategorikan sebagai imbuhan sisipan el dan er? saya ingin menyiapkan tugasan mengenai morfologi.t kasih.Perkataan pelbagai, peringkat dan pertama tidak dikategorikan sebagai sisipan el dan er. Contoh yang betul ialah telapak, seruling dan gemerlap.Tatabahasa07.11.2010
Apakah perbezaan antara penyenggaraan dan penyelenggaraanKata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.Makna12.06.2013
Salam sejahtera.. Soalan saya kepada pihak DBP ialah berkenaan imbuhan sisipan -el- Mengapakah tidak terdapat daftar kata "kebak" dalam Kamus Dewan sedangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 72 perkataan "kelebak" diterbitkan daripada kata dasar "kebak" jawapan daripada pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Perkataan 'kebak' tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana tidak semua perkataan disenaraikan dalam Kamus Dewan.

Tatabahasa14.02.2011
Salam. Apabila menyebut istilah (akronim Local Area Network), adakah sebutannya "lan", "lén", atau "él éi én" (sebutan setiap huruf)? Terima kasih.Sebutan yang betul ialah "LAN."Lain-lain04.05.2022
Apakah perbezaan di antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Terima kasihkata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.Tatabahasa21.12.2015
1234

Kembali ke atas