Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éla] | ايلا

Definisi : (éla) ukuran panjang yg sama dgn 36 inci atau 91 sentimeter; ~ Piawai Diraja ukuran panjang ela yg ditetapkan oleh undang-undang British (Imperial Standard Yard). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éla] | ايلا

Definisi : /éla/ ukuran panjang yg sama dgn 91.44 sentimeter atau 36 inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ela


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela.

Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut:

(a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68)

(b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.

Contoh:  - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan

              -  Harganya RM3.00/ela

 

Tatabahasa16.10.2009
perkataan yang digunakan sebelum penggunaan sistem metrik dan istilah serta takrifan bagi sistem yang digunakan sebelum

Sistem yang digunakan sebelum sistem metrik ialah sistem ukuran imperial seperti inci, kaki, ela dan sebagainya.

Lain-lain15.03.2010
' yard' dalam bahasa Melayu

·     Mengikut Kamus Inggeris –Melayu Dewan, yard bermaksud  1.laman; 2. limbung(an) 3. taman; 4. ela. Maksud yang diberikan harus disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat.

Penyemakan dan penterjemahan23.12.2014

Kembali ke atas