Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.la/] | ايلق

Definisi : (élak); mengelak 1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawa (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.la/] | ايلق

Definisi : /élak/; mengelak 1 bergerak ke sisi dsb supaya tidak terkena pukulan dll; menghindar: Kalau tidak lekas-lekas ~, tentu saya mati ditikamnya. 2 mencari jalan supaya lepas drpd tuduhan (tanggungjawab dll): Betapa pun sukarnya kerja itu, aku tidak akan ~. mengelakkan 1 menghindarkan diri (drpd terkena pukulan dll): Beliau melompat ~ tikaman itu. 2 melarikan diri drpd mengerjakan sesuatu: Abu selalu ~ diri drpd bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cuba elak memfokus pada/kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Cuba elak memfokus kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Tatabahasa28.03.2012
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
Saudara, Saya harap saudara dapat membantu saya tentang fonologi dalam Bahasa Melayu. 1. Sebutan yang betul bagi perkataan 'elak' selepas ditambah imbuhan 'meng' disebut 'me+nge+lak' atau 'meng+e+lak'. 2. Bagaimana pula contoh-contoh kes yang sama bagi perkataan akar atau dasar lain yang bermula dengan vokal. Bantuan yang dihulurkan saya rakamkan ribuan terima kasih.Sebutan yang betul ialah me.nge.lak dan me.nga.rah. Untuk makluman, kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: me.nga.rah, me.nge.dar, me.ngi.kut, pe.nga.rah, pe.nge.dar, pe.ngi.kut.Ejaan19.09.2012
Cikgu, ayat di bawah kata kerjanya perlu mempunyai imbuhan atau tidak? 1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu. 2. Harap saudara dapat pelajari sesuatu yang baharu. Ayat ini pula? 1. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak menimbulkan masalah. 2. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak timbulkan masalah. (Kedua-dua kata kerja tidak perlu berimbuhan atas syarat ayat permintaan, atau satu tidak perlu berimbuhan dan satu lagi perlu berimbuhan?) Sama dengan ayat di bawah ini. 1. Minta saudara buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. 2. Minta saudara buang sampah ini untuk elakkan pencemaran udara. (Bentuk ayat 1: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, manakala kata kerja kedua iaitu "elak" harus berimbuhan. Bentuk ayat 2: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, kata kerja kedua iaitu "elak" juga tidak perlu berimbuhan.) Saya keliru. Tolong tuan bantu saya.1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu.
2. Tuan diminta menjelaskan wang bayaran supaya tidak menimbulkan masalah.
3. Buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. (ayat ini tidak gramatis - buang sampah dan pencemaran udara)
Untuk membuat binaan ayat yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa11.05.2014
APAKAH PERBEZAAN ANTARA E PEPET DAN E TALING??Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah pola keselarasan huruf vokal, e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Ejaan21.03.2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin memohon bantuan pihak DBP memberikan cadangan padanan yang bersesuaian untuk perkataan "cheat day" yang biasanya digunakan oleh orang yang berdiet. Semasa cheat day mereka akan makan apa saja yang mereka mahukan pada hari tersebut. Bolehkah saya memadankannya dengan hari mengelat? Terima kasih.Padanan  kata "Cheat day"  dalam bahasa Melayu ialah "hari elak diat" atau "cuti diet"Istilah20.07.2019
Bagaimanakah untuk membezakan atau mengesan penggunaan e-taling dan e-pepet dalam bahasa Melayu?Dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk Pola Keselarasan Vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Tatabahasa03.03.2012
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
12

Kembali ke atas