General Electric corporate ads Penyemakan penggunaan BM yang tepat! | Penggunaan bahasa Melayu yang betul. Sila ke Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Pihak kami ingin bertanya tentang garis panduan untuk pendaftaraan nama untuk bangunan. 1. Bolehkah perkataan bahasa Inggeris digunakan? 2. Nama jenama perlukah ditanda dagangan dahulu sebelum didaftar? Contohnya; Menara "General Electric". Atau "General Electric" Tower? | Bagi penamaan nama bangunan perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Bagi penamaan dalam bahasa Inggeris tidak akan diluluskan oleh pihak DBP. Cadangan terjemahan bagi penamaan bangunan yang dicadangkan ialah "Menara Elektrik Awam". | Lain-lain | 30.05.2022 |
Apakah "Battery Electric Vehicle" dalam Bahasa Melayu? Kenderaan Elektrik Bateri? atau Kenderaan Elektrik Berbateri? | Cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "battery electric vehicle" ialah “kenderaan elektrik berbateri”. | Istilah | 09.05.2024 |
Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasih | Padanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut. | Istilah | 29.03.2011 |
Salam sejahtera tua/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Weeder 2. Calf & Cow Covers 3. Calf Debudding Equipment & Supplies 4. Electric Dehorner 5. Chin Ball Mating Harness Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Weeder -Pencabut Rumpai/Pembuang Rumpai 2. Calf & Cow Covers - Penutup Badan Anak Lembu dan Lembu 3. Calf Debudding Equipment & Supplies - Peralatan Pembuangan Sel Penghasilan Tanduk 4. Electric Dehorner - Pembuang Tanduk Elektrik 5. Chin Ball Mating Harness - Abah-Abah Pengawanan di Dagu Lembu | Istilah | 02.03.2016 |
Adakah terjemahan struktur ayat berikut tepat dan apa terjemahannya yang sesuai? > Torpedo is a genus of a large rays, a flat cartilaginous fishes in the family Torpedinidae, the electric ray. > Torpedo ialah genus pari besar, ikan berawan leper dalam keluarga Torpedinidae, iaitu pari karan. | Struktur ayat dalam bahasa Melayu dibetulkan kepada: Torpedo ialah genus pari besar yang mempunyai rawan leper. Terpode atau pari elektrik merupakan keluarga Torpedinidae. | Tatabahasa | 26.10.2023 |