Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tif] | ايليکتيف

Definisi : (éléktif) bersifat pilihan (bkn mata pelajaran sesuatu kursus dsb): di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yg dijadikan sbg mata pelajaran ~ wajib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.tif] | ايليکتيف

Definisi : /éléktif/ bersifat pilihan (bkn mata pelajaran di sekolah atau bagi sesuatu kursus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penempatan elektif ini lebih kepada program pertukaran pelajar, di mana mereka akan menjalankan aktiviti seperti lawatan kebudayaan dan program kesihatan pergigian. Adakah pengunaan "di mana" sesuai dalam ayat ini?

Menurut Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), hlm. 1403-1404, “di mana” digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui.

Dalam aspek tatabahasa, “di mana” merujuk pada kata tanya, iaitu perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 255-256

Oleh yang demikian, penggunaan kata tanya "di mana" dalam ayat tersebut tidak tepat dan tidak digunakan dalam ayat penyata. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

Penempatan elektif ini lebih menjurus kepada program pertukaran pelajar, iaitu mereka akan menjalankan aktiviti, seperti lawatan kebudayaan dan program kesihatan pergigian.

Tatabahasa26.05.2025
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran peringkat sekolah menengah atas.Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah menengah sebagai komponen dalam subjek Bahasa Melayu atau Komsas dan sebagai subjek tersendiri,  iaitu Kesusasteraan Elektif bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pembelajaran kesusasteraan Melayu di sekolah, saudara disarankan supaya menghubungi Pusat Perkembangan Kurikulam, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi nombor telefon 03-88842000. Lain-lain13.04.2008

Kembali ke atas