Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.trik] | ايليکتريک

Definisi : (éléktrik) satu bentuk tenaga yg digunakan utk menghasilkan cahaya, kepanasan, dll; keelektrikan selok-belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm ~; pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dsb) dgn tenaga (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.trik] | ايليکتريک

Definisi : /éléktrik/ 1 tenaga yg diperoleh dgn cara tindakan kimia atau oleh benda bergeser dan dpt digunakan utk memperoleh cahaya dll. 2 ilmu atau pengetahuan ttg tenaga elektrik. ~ hidro ist elektrik yg dihasilkan oleh kuasa air. keelektrikan selok belok atau hal-hal bkn dgn elektrik: Dia mengambil suatu kursus dlm ~. pengelektrikan proses atau perbuatan menyambungkan kuasa elektrik pd mesin, kenderaan dsb: ~ kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1) Jangan membazirkan elektrik 2) Jangan bazir elektrik 3) Jangan bazirkan elektrikFrasa yang betul ialah Jangan membazirkan elektrik.Tatabahasa29.07.2013
"alat mainan elektrik" dan "permainan elektrik" Adakah kedua-dua penyataan di atas boleh digunakan?alat mainan elektrikMakna26.03.2011
Apakah perkataan yang sesuai untuk disikan dalam ayat di bawah. Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan pengguna-pengguna untuk .................... alat-alat elektrik.Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan untuk menghidupkan alat-alat elektrik.Tatabahasa19.12.2014
Apakah wujud Perbezaan maksud antara 'bekalan elektrik' dan 'tenaga elektrik'Bekalan ialah benda-benda yang digunakan dan dalam konteks ini benda yang digunakan ialah tenaga elektrik. Kedua-duanya boleh membawa maksud yang hampir sama.Makna20.06.2016
"Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." Adakah kata sendi nama "pada" mesti wujud dalam ayat di atas? Terima kasih."Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." - pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. "Pada" perlu hadir dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.06.2011
Apakah definasi bagi perkataan Voltan dan Amphere.Definisi bagi perkataan Voltan ialah beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt). Ampere ialah sejenis unit sukatan arus elektrik.Makna15.02.2007
1. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik? 2. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana dapat saya jimatkan tenaga elektrik? Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik?". 
Tatabahasa22.05.2013
buku panduan elektrik

Sila berikan dengan jelas tajuk buku/modul supaya pihak kami dapat menerangkan dengan lebih jelas apakah keperluan pihak tuan. Sila hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum seperti alamt di bawah:

Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Parcel E
62604 PUTRAJAYA
03-88882000/03-88842036
(Pn.Jagdeesh Kaur)

Lain-lain23.02.2008
Adakah 'jimat elektrik' digunakan untuk menyatakan peralatan elektrik yang 'energy-saving'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "energy-saving". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan ialah penjimatan tenaga.Istilah21.05.2013
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah?Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.  Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.02.2012
12345678

Kembali ke atas