| http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=eligible&d=139128LIHATSINI 4. (sl) murder in cold blood, menghapuskan: their leader must be ~d at all costs, tdk boleh tdk, ketua mereka mesti dihapuskan; 5. exclude from contest, terkeluar: he was ~d from the Wimbledon Championships in the first round, dia terkeluar dr Kejohanan Wimbledon dlm pusingan pertama. Perkataan "eligibled" dalam bahasa Inggeris tak wujud. Dan tafsiran di atas juga salah sama sekali. Ia bukan "eligibled" tapi "eliminated". Ada banyak kesilapan dalam website PRPM. | Terima atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap sistem PRPM kami, buat masa kini, pihak kami sedang menambah baik sistem PRPM kami dengan menyemak semula data lama yang terdapat dalam sisitem ini. | Lain-lain | 02.07.2020 |
| Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain. | Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include". | Lain-lain | 30.07.2021 |
| I’m from IRIS Global Blue TRS Malaysia Sdn Bhd (IGB) and I’m currently submitting application for licensing of our booth counters in KLIA and KLIA2. IGB is the sole company appointed by Royal Malaysian Customs Department (RMCD) to operate GST Refund in Malaysia. Thus, we work closely with Malaysian Customs. During the application for our booth counter licensing, I was asked to check with DBP on our signage wordings. These wordings were jointly approved by IGB and RMCD where the company name and “GST Refunds” wordings were used/displayed. As this GST Refund services are provided to all eligible foreigners on behalf of the government and in line with universal wordings either VAT Refunds or GST Refunds depending on the naming of a particular country, in this case for Malaysia is GST Refunds. Sample pic attached It seems that we may need DBP consent or endorsement to our signage wordings. Please advise what do we need to do for this case. Regards | Assalamualaikum... Untuk pengesahan paparan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu. Sekian terima kasih | Lain-lain | 12.04.2017 |