Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lip.sis] | ايليڤسيس

Definisi : (élipsis) 1. tiga titik berurutan (...) yg menandakan pengguguran kata dlm teks; 2. (Lin) pengguguran sebahagian kata dlm suatu ungkapan, tetapi dapat difahami dlm konteks berkenaan, mis bagi soalan Sudah makan?, dijawab Sudah sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elipsis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih.Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi.Tatabahasa17.07.2012
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakan sesuai atau tidak. "Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya..?"Penggunaan laras bahasa dalam ayat berikut adalah betul dan hendaklah dipastikan elipsis (...) ditulis selepas selamanya, kerana elipsis digunakan apabila terdapat sebahagian kata dalam suatu ungkapan digugurkan seperti, 'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya... ?', dan jika elipsis ini ditiadakan, seperti  'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya?' ayat ini menjadi tidak lengkap/tergantung.Tatabahasa15.12.2010
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih.

Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:

a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.

b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.

3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya  . . .

Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . .

Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik.

 

Lain-lain01.12.2011
Tuan, dalam laras iklan, adakah ayat ini betul? "Perodua, kembali mempesona." Terima kasih.Ungkapan Perodua, kembali mempesona ... adalah betul. Oleh kerana frasa ini bukan satu ayat yang lengkap letakkan tanda elipsis (...) selepas kata mempesona. Untuk pengesahan iklan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa".Tatabahasa18.01.2012
1. Mohon penjelasan penggunaan tiga tanda noktah di sebelah satu-satu ayat di dalam surat. Cth: ...5. Bersama-sama ini dilampirkan kronologi etc etc. 2. Adakah ini wajib? Terima kasihTiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:
a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.
Lain-lain10.06.2013
sila sahkan penggunaan ayat yang betul pada file yang saya sertakan. terima kasih

Lafazkan...

"aku Terima..."

pada ketinggian

421 meter,

di Menara

Kuala Lumpur

(Sila ambil perhatian titik elipsis selepas ungkapan "Lafazkan" berjumlah tiga sahaja "..." bukan enam seperti yang dikemukan pihak puan)

 

Ejaan18.12.2008
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih-Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog.Tatabahasa14.01.2011
1) Dalam dialog, selepas titik tiga '...' perlukah diletak tanda koma? Contoh ayat, "Sa... sa... saya..." tergagap-gagap dia seketika. 2) Jika ayat penyata, perlukah titik tiga itu diletakkan satu titik lagi menjadi 4 titik, '....'? Contoh ayat, Dia terus hanyut dan hanyut...

1) Selepas elipsis atau titik tiga tidak perlu lagi tanda koma

2) Perlu letak titik jika selepas titik ialah tanda noktah dan dijarakkan terlebih dahulu, seperti contoh ayat: Dia terus hanyut dan hanyut ... .

Lain-lain15.06.2010
123

Kembali ke atas