Dalam buku teks Tahun 5. Ada dinyatakan perluasan subjek bagi ayat tunggal. Mohon diberikan contoh. | Selamat petang Contoh perluasan subjek bagi ayat tunggal dalam Buku Teks Tahun 5 1. Farhana berwajah ceria. Farhana murid Tahun 5 Elit. Peluasan subjek: Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria. | Tatabahasa | 10.11.2016 |
Salam Encik/Cik, Saya ingin mendapatkan Sijil Pengesahan Bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk perkataan berikut bagi kegunaan papan iklan: 1. ELIT 2. SURIA Didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan berserta visual dalam format jpeg atau gif melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.10.2015 |
Sila semak papan iklan ini. Sekiranya lulus saya memerlukan surat sokongan dari pihak tuan. Sila berikan ejaan dalam tulisan Jawi | Tadika Elit Cemerlang dalam tulidan Jawi ialah تاديکا ايليت چمرلݞ Untuk pengesahan iklan, klik domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Ejaan | 04.02.2013 |
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan | Penggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Siapakah pembaca sasaran bagi terjemahan novel Salina (karya A.Samad Said) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling & Hawa Abdulllah? | Karya Sasterawan Negara ialah karya besar dan pembacanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penterjemahan novel karya Sasterawan Negara seperti SN Usman Awang dibuat bagi memenuhi kehendak kelompok tertentu seperti golongan elit yang mencintai karya sastera. | Lain-lain | 03.12.2015 |