| Soalan di lampiran | Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya PERKIM (<em>Perem>tubuhan <em>Kem>ebajikan <em>Iem>slam <em>Mem>alaysia), MARDI (<em>Mem>alaysian <em>Aem>gricultural <em>Rem>esearch <em>Dem>evelopment <em>Iem>nstitute), jentolak <em>(jenem>tera <em>tolakem>), ADUN (<em>Aem>hli <em>Dem>ewan <em>Uem>ndangan <em>Nem>egeri), Perhilitan (<em>Perem>lindungan <em>Hiem>dupan <em>Liem>ar dan <em>Tem>aman <em>Nem>egara) dan Bernama (<em>Berem>ita <em>Naem>sional <em>Maem>laysia). Pembentukan akronim YAPEIM dibuat dengan mencantumkan suku kata pertama bagi perkataan pertama dengan huruf awal perkataan-perkataan yang berikutnya, dengan penyeragaman penggunaan keseluruhan huruf besar bagi nama khas. Oleh yang demikian pembentukan akronim YAPEIM betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk <em>Kamus Dewan Perdanaem> (DBP, 2021), halaman 47 dan buku <em>Tatabahasa Dewanem> (DBP, 2014), halaman 105 - 106. | Tatabahasa | 20.11.2024 |
| Adakah ayat begini gramatis? -> Menarik bukan restoran ini? | Ayat bentuk sebegini banyak digunakan dalam perbualan. Dalam penulisan, ayat tanya yang betul ialah <em>Adakah reka bentuk em><em>restoran ini menarik?em><em>/<em>Adakah hiasan di dalam em><em>restoran ini menarik?em> em> | Tatabahasa | 28.06.2024 |
| Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih. | 1) Imbuhan akhiran <em>–kanem> merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran <em>–kanem> untuk membentuk kata kerja. Contohnya, i. kata nama - buku<em>kanem>, pasar<em>kanem>, diri<em>kanem>; ii. kata kerja transitif - baca<em>kanem>, beli<em>kanem>, masak<em>kanem>; iii. kata kerja tak transitif - lahir<em>kanem>, tidur<em>kanem>, terbang<em>kanem>; iv. kata adjektif - panjang<em>kanem>, besar<em>kanem>; v. kata tugas - sudah<em>kanem>, serta<em>kan. em>Akhiran <em><em>–kan em>em>boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu <em>meN-...-kanem>, <em>beR-...-kanem>, <em>mempeR-...-kanem>, <em>di-...-kanem>, dan <em>dipeR-...-kanem>. Contohnya: <em>berem>bantal<em>kanem>, <em>diperem>tingkat<em>kanem>. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga em>(DBP, 2015), halaman 183-186. 2) Imbuhan akhiran <em>–iem> membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran <em>–i, em>iaitu: (i) memberi pengertian <em>kausatem><em>ifem> atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baik<em>iem> (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudah<em>iem>. (ii) memberi pengertian <em>lokatifem>, iaitu menyatakan unsur tempat: turun<em>iem> lurah – turun ke lurah. Sila rujuk <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga em>(DBP, 2015), halaman 186-190. 3) Apitan <em>memperem><em>-...-kanem> boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: <em>memperem>isteri<em>kanem>, <em>memperem>budak<em>kanem>, <em>memperem>senda<em>kanem>, <em>memperem>dengar<em>kanem>, <em>memperem>lihat<em>kanem>, <em>memperem>tunjuk<em>kanem>. 4) Walau bagaimanapun apitan <em>memperem><em>-...-kanem> tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan <em>memperem><em>-em> digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – <em>memperem>besar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – <em>memperem>indah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga em>(DBP, 2015), halaman 208-211. | Tatabahasa | 08.06.2024 |
| Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej. | Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: <em> em> <em>1. em><em>sausage rollem><em> - em>rol sosej <em>em> <em>2. em><em>pigs in a blanketem> <em>- em>sosej gulung<em>em> <em> 3. em><em>pig in blanketsem><em> - em>sosej gulung<em>em> <em> 4. em><em>sausage breadem><em> - em>roti sosej<em>em> <em>Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.em> | Makna | 28.08.2024 |
| Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian? | Cadangan padanan bagi istilah <em>describeem>, <em>describedem>, <em>describingem>, dan <em>descriptionem> dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.05.2025 |
| Apa beza penggunaan oleh kerana dan oleh sebab? beserta contoh ayat | Penggunaan <em>olehem> yang diikuti dengan <em>keranaem> dalam ungkapan <em>oleh keranaem> untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud <em>sebabem> merupakan penggunaan yang salah. Penggunaan yang betul ialah <em>oleh sebabem>. Hal ini disebabkan <em>olehem> merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan <em>keranaem> bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Contohnya: i. Pemain badminton itu kalah <em>olehem> (sebab) kekurangan latihan. ii. <em>Olehem> (sebab) ketekunannya menelaah, Ali mencapai keputusan yang cemerlang. Sila rujuk buku <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketigaem> (DBP, 2008), halaman 283-284. | Tatabahasa | 02.11.2024 |
| Apakah maksud “memperindahkan” dan “memperteguhkan”? Adakah kedua-dua perkataan ini betul? | Salam sejahtera, Bentuk apitan<em> mempeR-...-kanem> hanya boleh digabungkan dengan golongan kata nama dan kata kerja. Contoh kata nama ialah <em>isteri - memperisterikan em>dan <em>budak - memperbudakkan. em>Contoh kata kerja ialah <em>dengar - memperdengarkan em>dan <em>bahas - memperbahaskan. em> Oleh itu,<em> memperperindahkan em>dan <em>memperteguhkanem> adalah menyalahi hukum tatabahasa kerana kata<em> indah em>dan <em>teguhem> merupakan kata adjektif. Bentuk yang betul ialah <em>memperindah em>dan <em>memperteguh.em> Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.01.2025 |
| Adakah meny- ialah imbuhan? | <em>Menyem>- bukan merupakan imbuhan. Awalan <em>meNem>- menjadi <em>meem>- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf ny. Contohnya, menyala. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku <em>Tatabahasa Dewanem> (DBP, 2015), halaman 151 dan 152. | Tatabahasa | 07.05.2024 |
| Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang pengunaan onomatopoeia "rarh!" dalam bahasa melayu? Wujudkah penggunaan perkataan tersebut dalam kosa kata onomatopoeia BM? Saya lampirkan bersama konteks soalan yang diajukan. | Assalamualaikum wbt, Terlebih dahulu marilah kita fahami maksud onomatopeia, iaitu pembentukan perkataan berdasarkan peniruan bunyi alamiah spt <em>ngiauem>, <em>ngaum em>dan <em>embek. em>Contoh lain ialah <em>bangem>, <em>tingem> dan <em>desirem>. Oleh itu pada pendapat saya, kata<em> rarh em>tidak termasuk dalam kategori kata onomatopeia, tetapi mungkin merupakan kata seru<em>. em>Berdasarkan korpus DBP dan juga hasil carian dalam Intenet, bentuk kata ini tidak ditemui dan kata ini juga tidak terakam dalam kamus terbitan DBP dan juga dalam beberapa kamus rujukan bahasa Inggeris. Kami tidak mempunyai data yang cukup untuk menyimpulkan penggunaan sebenar kata ini. Sekian, terima kasih. | Makna | 16.01.2023 |
| "Maafkan saya" atau "Maafi saya"? Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan "-i" dan "-kan", "meN-...-i" dan "meN-...-kan", "di-...-i" dan "di-...-kan", "memper-...-i" dan "memper-...-kan" serta "diper-...-i" dan diper-...-kan"? | Penggunaan frasa yang betul ialah “maafkan saya”. - Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran <em>-kanem> untuk membentuk kata kerja. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan imbuhan "<em>-iem>", "<em>-kanem>", "<em>meN-...-iem>", "<em>meN-...-kanem>", "<em>di-...-iem>", "<em>di-...-kanem>", "<em>memper-...-iem>", "<em>memper-...-kanem>", "<em>diper-...-iem>" dan <em>diper-...-kanem>", sila rujuk buku <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketigaem> (DBP, 2015), halaman 150 hingga 217. | Tatabahasa | 24.01.2026 |