Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023. | Penulisan bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”. Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut: i. Prosedur Pengendalian Standard ii. Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi) iii. Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik) | Istilah | 17.10.2023 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
Dalam Tatabahasa Dewan, awalan meN- mempunyai 4 alomorf me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dimanakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan? | Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan meN-. Menge- wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
apakah maksud karakter? | Saudara, Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita. Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu. | Makna | 16.09.2010 |
Apakah nama syarikat? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; | Lain-lain | 14.10.2009 |
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan? | Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Hai, Saya ingin tahu apakah imbuhan untuk perkataan seperti menyusun, memakai, menolong dan mengayuh? Semasa saya di bangku sekolah rendah, apa yang saya belajar ialah meny, mem, men dan meng. Tetapi, kebelakangan ini, saya nampak ada buku yang menyatakan bahawa imbuhan untuk perkataan di atas ialah me. Sila bantu untuk pastikan. Sekian, terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, terdapat imbuhan awalan meN-, iaitu awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-. Imbuhan bagi menyusun, menolong dan mengayuh ialah me-, iaitu kata dasar yang bermula dengan huruf p.t,k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s. | Tatabahasa | 12.02.2015 |
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'. | Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna forecast atau observation. Forecast diterjemahkan kepada ramalan; manakala observation diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2017 |
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini. | Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa. | Tatabahasa | 13.11.2011 |