Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
1. Apakah istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk emas yang disepuh? Emas sepuh yang dimaksudkan ialah emas yang diproses mengikut kaedah dan bahan tertentu lalu menghasilkan warna oren kemerahan pada emas tersebut. | Tiada istilah yang khusus untuk perkataan "emas yang disepuh". Mengikut carian Istilah Bahasa Melayu, perkataan sepuh dipadankan dengan perkataan bahasa Inggeris glaze, contohnya sepuh legap (opaque glaze), warna sepuh (glaze colour). | Istilah | 28.01.2019 |
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" | Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
minta jawi untuk KEDAI EMAS KEDAI EMAS NORAZIKIN | KEDAI = کداي EMAS = امس1"> NORAZIKIN = نوراڒيکين1"> | Ejaan | 27.12.2018 |
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2. | Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
APA itu inhalan? APA itu emas? Apa itu tatkala Tatkala atau tatkila? | 1. Inhalan bermaksud ubat sedut 2. Emas merujuk kepada logam berwarna kuning yg mahal harganya, yang biasanya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya. 3. Perkataan yang tepat ialah tatkala yang bermaksud ketika (itu), pada masa (itu) dan waktu (itu).
| Makna | 15.04.2016 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'? | 1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan. 2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
1.Dia salah seorang anak buah dalam gerombolan samseng itu. 2.Dia salah seoarang anak emas dalam gerombolan samseng itu. Soalan saya: Adakah penggunaan simpulan bahasa dalam ayat 1 dan 2 betul . Harap dapat beri ulasan | Simpulan bahasa 'anak buah' bermaksud orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga dan 'anak emas' bermaksud orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa). Berdasarkan huraian makna yang tersebut penggunaan simpulan bahasa dalam ayat kedua adalah lebih tepat. | Tatabahasa | 23.03.2011 |
1.tempat sirih yg diperbuat drp emas atau perak,dipanggil apa? 2.apa peristiwa yang membawa kpd penubuhan DBP? 3.MAKSUD LAIN MENURUT GAYA. | Tempat sirih yang diperbuat daripada kayu atau logam ialah tepak sireh. Harap maklum. Soalan lain tidak berkenaan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Bagaimanapun, saudara/ saudari dicadangkan untuk melayari laman DBP atau mengunjingi perpustakaan yang berdekatan untuk mengetahui sejarah penubuhan DBP. Harap maklum. | Makna | 18.07.2008 |
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 Selangor | Sila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana. | Lain-lain | 24.04.2009 |