Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (émbék) bidai dll utk melindungi sesuatu drpd cahaya matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (embék) 1. bunyi spt bunyi kambing; 2. bp kambing; mengembek mengeluarkan bunyi embek (kambing dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (embék) bp bibi(k). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /embék/ bunyi kambing. mengembek mengeluarkan bunyi embek (ttg kambing). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang pengunaan onomatopoeia "rarh!" dalam bahasa melayu? Wujudkah penggunaan perkataan tersebut dalam kosa kata onomatopoeia BM? Saya lampirkan bersama konteks soalan yang diajukan.
Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu marilah kita fahami maksud onomatopeia, iaitu pembentukan perkataan berdasarkan peniruan bunyi alamiah spt ngiau, ngaum dan embek. Contoh lain ialah bang, ting dan desir. Oleh itu pada pendapat saya, kata rarh tidak termasuk dalam kategori kata onomatopeia, tetapi mungkin merupakan kata seru. Berdasarkan korpus DBP dan juga hasil carian dalam Intenet, bentuk kata ini tidak ditemui dan kata ini juga tidak terakam dalam kamus terbitan DBP dan juga dalam beberapa kamus rujukan bahasa Inggeris. Kami tidak mempunyai data yang cukup untuk menyimpulkan penggunaan sebenar kata ini.

Sekian, terima kasih.
Makna16.01.2023

Kembali ke atas