Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun] | امبون

Definisi : 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll); ~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina = ~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi); spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan); berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam; mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun; mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~ gambar suami yg terletak di depannya; mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun: ~ mengkuang pd waktu malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus erubescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : ; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : 1 titik-titik air yg turun dr udara pd malam hari (kerana sejuk). 2 titik-titik air yg terdapat pd daun-daun pd pagi hari. ~ asap embun halus atau kabus spt asap pd malam hari. ~ betina (rintik) embun yg kecil-kecil titiknya. ~ jantan (lebat) embun yg besar titiknya. ~ pagi kabut pd waktu pagi hari. berembun 1 disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2 kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. mengembun menjadi (menyerupai) embun: Apabila sudah cukup sejuknya, maka udara yg lembap itu ~. mengembuni membasahi dgn embun. memperembunkan meletakkan sesuatu di luar rumah supaya kena embun; membiarkan berembun: Mengkuang itu diperembunkan dahulu sebelum dijemur. Bomoh ~ semangkuk air utk dijadikan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat Embun" title="Embun">embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013
Kata Banyak Makna bagi lebat:- 1.Dua orang pemburu telah tersesat di dalam hutan yang lebat itu. (lebat dalam ayat ini salah dan sepatutnya ialah tebal menurut salah satu daripada buku penilaian) 2.Hutan rimba di negara kita subur dan lebat. (lebat dalam ayat ini betul menurut Kamus Perdana) Soalan saya ialah penggunaan 'lebat' dalam ayat-ayat di atas betul atau salah?Merujuk Kamus Dewan lebat lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan rambut, bulu dan sebagainya, ataupun banyak lagi tebal hujan, embun dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, lazimnya kita menggunakan hutan yang tebal.Tatabahasa08.12.2011
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih.

Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa30.11.2011

Kembali ke atas