| Dalam memecahkan di penghujung baris perkataan yang ejaannya boleh bermula dengan mana-mana huruf 'a/e' atau 'k', contohnya alih/kalih dan embut/kembut yang menggunakan imbuhan meN, contohnya 'mengalih' dan mengembut adakah ia dipisahkan pada sukukata mengikut perubahan dari imbuhan (me-nga-lih/me-ngem-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'k' atau pada pecahan kata dasar (meng-a-lih/meng-em-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'a'? | Kata dasar bagi mengalih dan mengembut ialah alih dan embut. Dalam proses pengimbuhan, imbuhan awalan meng- akan menerima kata dasar yang di pangkal perkataan vokal. | Tatabahasa | 27.12.2013 |