Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.mo.sio.nal] | ايموسيونل

Definisi : (émosional) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan: pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.mo.sio.nal] | ايموسيونل

Definisi : /émosional/ mengikut emosi atau dgn emosi; beremosi: Jangan terlalu ~ dlm memperkatakan isu itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emosional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan yang berikut : a) “natural”, bolehkah guna perkataan “semulajadi”? Contoh : melegakan gejala menopaus secara semulajadi b) “hormone free treatment for menopausal ”? Bolehkah menterjemahkan kepada “Bebas hormone rawatan untuk menopaus?” c) “Mood Swing”, bolehkah guna perkataan “Emosional” atau “Perubahan emosi”? d) “Hot flushes and night sweats”, bolehkah guna perkataan “Rasa panas dan berpeluh malam”? e) “Urinary frequency or involuntary loss of urine”, bolehkah menterjemahkan kepada “ kekerapan kencing atau kekurangan air kencing secara tidak terkawal?”a) Perkataan semula jadi boleh digunakan untuk “natural”. Oleh itu ayat "melegakan gejala menopaus secara semula jadi" adalah betul . 
b) hormone free treatment for menopausal - rawatan bebas hormon untuk menopaus
c) mood swing - perubahan emosi/berubah angin/berubah suasana 
d) hot flushes and night sweats - hangat memerah dan peluh malam
e) urinary frequency or involuntary loss of urine - kekerapan kencing atau pengeluaran air kencing secara tidak terkawal
Penyemakan dan penterjemahan17.02.2016
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris "paraphilic"?

"Paraphilic" ialah kata sifat dalam bahasa Inggeris yang merupakan turunan daripada kata nama "paraphilia".

  • Contoh:   "Paraphilic disorder" (BI) → "kecelaruan parafilia" (BM).

Pola terjemahan bahasa Melayu bagi bentuk kata turunan (-ic/-lic) dalam bahasa Inggeris yang disyorkan:

  1. Kata dasar (paraphilia/parafilia) kekal sama bentuknya dalam terjemahan kata paraphilic;

  2. Kata sifat (-ic/-licdigugurkan, diganti dengan susunan [Kata Teras + Kata Nama untuk BM].

  • Contoh lain:     "Emotional disorder" (BI)    → "  Kecelaruan emosi" [(BM) bukan "emosional"]

Dengan petunjuk di atas, padanan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris "paraphilic" ialah parafilia.
Tatabahasa16.05.2025

Kembali ke atas