Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya kesat dan digunakan utk melicinkan kayu dll), Tetracera assa; ~ hari a) sj tumbuhan (pokok yg wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan, mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida; b) sj tumbuhan (pokok), pelasari, pulasari, Alyxia forbesii; kertas ~ kertas pasir; berempelas sudah dilicinkan (dgn empelas): di bawah muka pintu tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yg telah ~; mengempelas, mengempelasi melicinkan dgn daun (kertas) empelas;pengempelas; alat ~ sesuatu yg digunakan utk mengempelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 nama sj pokok renek yg daunnya kesat dan digunakan utk melicinkan kayu dll, Tetracera assa. 2 = kertas ~ kertas keras yg dilapis dgn serbuk kaca dsb utk melicinkan kayu dll; kertas pasir. mengempelas melicinkan (kayu dll) dgn kertas empelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empelas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna mengempelas? ini soalan dalam akhbar didik.

Saudara,

Perkataan mengempelas daripada perkataan empelas membawa maksud melicinkan dgn daun (kertas) empelas. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi  Keempat.

Makna02.02.2010

Kembali ke atas