Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu.nya] | امڤوڽا

Definisi : 1. pemiliknya, tuannya: harta pulang ke ~; 2. = empunyai ark mempunyai, memiliki: tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada yg berisi seribu dua batang lada; barang siapa ~ untung, ia beroleh Sita Dewi; yg ~ (orang) yg punya (tuannya, pemiliknya); ®punya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu.nya] | امڤوڽا

Definisi : 1 tuannya; pemiliknya: Harta pulang ke ~. 2 punya; mempunyai: yg ~ pemilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empunya

Puisi
 

Burung serindit tidur tergantung,
     Tergantung mari di alang tengah;
Tabiklah datuk empunya kampung,
     Kami bermain di tengah-tengah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.

Bermaksud :

Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Boleh atau tidak perkataan tuanku digunakan untuk merujuk kepada tuan empunya kerana akan sama dengan kata ganti nama diri ke ke dua bagi sultan.Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.Istilah14.02.2012
apakah yang di maksudkan dengan diriDiri bermaksud batang tubuh, atau orang seorang, atau empunya badan.Makna02.09.2009
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?)

Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut.

Ejaan10.09.2011
saya hendak tanya pengertian kehormatan diri dan kasih sayang menurut kamus dewan bahasa.saya harap jawapannya dapat diberikan kepada saya secepat yang mungkin.terima kasihKamus tidak memberi makna sesuatu frasa atau ayat, yang ada hanyalah makna untuk satu-satu perkataan, simpulan bahasa dan peribahasa.Apa yang boleh kami bantu ialah memberi makna untuk setiap perkataan dalam ayat yang diberi; kehormatan bermaksud kebesaran/kemegahan/kemuliaan, diri bermaksud empunya badan, kasih sayang bermaksud cinta kasih/belas kasihan  Makna23.06.2008
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama.....

Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. 

Lain-lain21.09.2011
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik.1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk  jawapan= meliang liuk.

2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan?
Jawapan = boleh

3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. 
Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.
Tatabahasa28.08.2012

Kembali ke atas