huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula. | Lain-lain | 02.12.2021 |
ejaan yang betul adalah Kesalahan-kesalahan ATAU Kesalahan-Kesalahan Konteks: Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Mohon jelaskan mengapa K perlu huruf kecil atau besar. | Ejaan kata ganda dalam contoh ayat “Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995”, jika ayat tajuk perkataan pertama kata ganda ditulis dengan huruf besar dan perkataan kedua ditulis dengan huruf kecil iaitu “Kesalahan-kesalahan” kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, jika ayat “Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995” merupakan kata nama khas dan merupakan bahagian daripada teks undang-undang yang utuh dan maka ejaan kata ganda “Kesalahan-Kesalahan” tersebut perlu dikekalkan sebagaimana teks asal. | Ejaan | 23.05.2022 |
Kenapa perkataan Warta dalam Akta atau Enakmen dicondongkan(Italic) dan huruf w dibesarkan?. | Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Perkataan Warta dalam Akta atau Enakmen terbitan perlu dicondongkan. Contohnya, Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). | Lain-lain | 10.11.2022 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti?
| Lain-lain | 11.10.2021 |
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu. Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit. | Makna | 12.05.2020 |
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. Adakah ayat ini betul: perlu letak diperundangkan atau memperundangkan. Enakmen pinjaman Negeri Pulau Pinang projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang. terima kasih. | Tuan Rusli, Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan" merupakan kata yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Bersama-sama ini disertakan ayat tuan yang telah diedit oleh pihak kami: Maka dengan ini, Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang yang diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang terhadap projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009. Walau bagaimanapun, ayat ini bergantung pada konteks keseluruhan dokumen yang ada pada pihak tuan. | Tatabahasa | 02.05.2009 |
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 23.07.2013 |
Tuan, saya merupakan pelajar PHD. Saya diminta untuk mencari terminologi kepada istilah Enactment & Sensemaking. Kedua-dua istilah ini dikeluarkan daripada teori Sensemaking oleh Weick (1995). Istilah-istilah yang ada dilihat tidak bersesuaian dengan teori tersebut. Boleh tuan mencadangkan kepada saya istilah yang bersesuaian ? Terima Kasih. | Untuk perkataan Enactment, tuan boleh terus menggunakan istilahnya dalam bahasa Melayu iaitu Enakmen. Untuk perkataan Sensemaking berdasarkan teori Weick yang tuan maksudkan, istilah yang dicadangkan ialah pengungkapan maksud atau pertimbangan mengikut kesesuaian konsep. | Istilah | 28.11.2022 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 19.03.2024 |