Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam

Puisi
 

Soldadu mudik enam orang,
     Tinggi berjamang pula;
Lihat dek made awan terbang,
     Entah ke mana akan sampainya.


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja.Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja).Tatabahasa27.12.2006
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih

Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa22.03.2011
bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus".Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga.Tatabahasa16.06.2013
Topi berfikir : Pembaca membayangkan apabila mereka memakai topi berfikir, mereka mesti boleh berfikir. Soalan saya, sekiranya dalam ayat, bagaimanakah cara penulisan 'topi berfikir' itu. a) Saya suka kaedah menggunakan enam 'topi berfikir'. b) Saya suka kaedah menggunakan enam topi berfikir. c) Saya suka kaedah menggunakan enam 'Topi Berfikir.' D) Saya suka kaedah menggunakan enam Topi berfikir.Saya suka kaedah menggunakan enam "Topi Berfikir".Ejaan10.10.2011
Adakah kata penyelaras tingkatan enam itu kata majmuk istilah khusus?

"Penyelaras tingkatan enam" berfungsi sebagai frasa, iaitu boleh menjadi subjek atau predikat atau objek dalam suatu ayat yang lengkap, dan bukannya kata majmuk.

Tatabahasa20.05.2011
Enam peratus daripada peserta-peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini?Penanda jamak boleh hadir sekali dalam satu ayat, contohnya "enam peratus daripada peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Adakah sesuai Pengunaan istilah Pra Universiti untuk pelajar tingkatan enam?Prauniversiti ialah sebelum memasuki universiti seperti matrikulasi dan pusat asasi. Tingkatan enam  dianggap peringkat sekolah menengah.Makna25.10.2011
Cikgu Suria mengajar atau mengajarkan Sivik kepada murid Tahun Enam Gemilang. Soalan: apakah perbezaan mengajar dan mengajarkan? harap dpt memberikan conton ayat. terima kasih.

Ayat yang betul ialah Cikgu Suria mengajarkan Sivik kepada murud Tahun enam Gemilang. Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain sementara mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh ayat ialah, Cikgu Ariffin mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. Cikgu Ariffin mengajar pelajar 5 Sains bahasa Melayu. Terima kasih.

Tatabahasa19.06.2008
Antara berikut manakah yang betul? Cikgu Syahir _____________ mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun Enam Zuhal. a)mengajarkan b) mengajar Tolong jelaskan penggunaan imbuhan 'kan'. Terima Kasih.Cikgu Syahir mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun Enam Zuhal. Dari aspek makna mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain dan lazimnya diikuti dengan objek bernyawa, seperti ... mengajar orang menggunakan senjata. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya) dan lazimnya diikuti dengan objek tidak bernyawa, seperti ... guru yang mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Untuk memahami tajuk akhiran -kan, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183.Tatabahasa27.07.2011
1)Setelah enam bulan (melanjut/melanjutkan) pelajaran di luar negara,Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2)(Sempena/Bersempena dengan) hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3)Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas (di/pada) peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Setelah enam bulan melanjutkan pelajaran di luar negara, Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia.
2. Bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua.
3. Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas pada peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China.
Tatabahasa15.07.2012
123456

Kembali ke atas