Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.ci/] | انچيق

Definisi : 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.ci/] | انچيق

Definisi : panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.


Lihat selanjutnya...(52)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. .

2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. 
Tatabahasa09.05.2016
Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai?Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik.Tatabahasa06.08.2013
Penggunaan Kata Nama Khas surat rasmi Sekiranya nama seseorang individu itu pangkalnya adalah Tuan. Adakah didalam surat rasmi adalah seperti berikut? Cthnya adalah : Encik Tuan Jazlan B. AliPenggunaan yang betul ialah Encik Jazlan bin Ali. Namun, jika nama seseorang itu ialah Tuan Jazlan bin Ali, kata sapaan yang betul ialah encik, Encik Tuan Jazlan bin Ali.





Ejaan08.12.2013
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih.Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin.Tatabahasa29.02.2012
Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat? 1) Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa akan pergi persidangan itu. 2) Puan Zuraini sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.Berikut merupakan ayat yang lebih gramatis.

1. Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa yang akan pergi ke persidangan itu.
2. Puan Zuraini sangat runsing apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.
Tatabahasa09.07.2013
Adakah ayat-ayat tanya berikut betul? 1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa? 2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana? Terima kasih...Ayat tanya yang betul:
1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa?
2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana?
atau
1) Mengapakah Encik Peter datang ke Malaysia?
2) Bagaimanakah Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako?
Tatabahasa24.07.2017
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan.1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). Tatabahasa17.09.2010
Encik Lee, guru kelas saya / Guru kelas saya, Encik LeeKedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan tidak memerlukan koma, iaitu Encik Lee guru kelas saya atau Guru kelas saya Encik Lee.Tatabahasa01.07.2010
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad."Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut:

1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.  (atau)

2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad.
Tatabahasa05.04.2020
Encik, "Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam" atau "tingkatan satu hingga tingkatan enam" yang manakah betul?frasa yang betul ialah ""tingkatan satu hingga tingkatan enam".  "tingkatan satu" dan "tingkatan enam" ialah kata nama am dan  perlu ditulis dengan huruf kecil.Ejaan05.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas