Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ with, diakhiri dgn: the school year ~ed with a concert and prize-giving, tahun persekolahan itu diakhiri dgn konsert dan pemberian hadiah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ up, (colloq) sudahnya, kesudahannya: despite people’s opinions, she ~ed up the winner, meskipun ada cakap-cakap orang tapi dia menang juga sudahnya; she never dreamt that she would ~ up marrying him, dia tdk pernah bermimpi sudahnya dia akan berkahwin dgn lelaki itu; he entered the competition without much hope but ~ed up with the first prize, dia memasuki pertandingan itu tanpa harapan yg tinggi tetapi kesudahannya mendapat hadiah pertama; ~ up nowhere, tdk ke mana sudahnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, mengakhiri, menamatkan: the chairman ~ed off his speech with an amusing anecdote, pengerusi itu mengakhiri ucapannya dgn anekdot yg menggelikan hati; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi berakhir, tamat:the war ~ed in 1945, peperangan itu berakhir pd tahun 1945; the track ~s here, jalan kecil ini berakhir di sini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : make (both) ~s meet,that has helped me no ~, itu banyak menolong saya; no ~ of, (colloq ), [various translations]: I had no ~ of work, saya ada banyak kerja; it’ll cost me no ~ of money, harganya tinggi; no ~ of os, menganggap diri sso besar: she thinks no ~ of herself, dia menganggap dirinya besar; on ~, continuously, [no specif translation]: she talks for hours on ~, dia bercakap berjam-jam lamanya; he claimed he could go without food for weeks on ~, dia mengatakan bahawa dia tahan tdk makan berminggu-minggu lamanya; place st on (its) ~, menegakkan sst; /put, make/ an ~ to, menghentikan; the ~s of the earth, segala /pelosok dunia, ceruk rantau/; without ~, tdk /putus-putus, henti-hentinya, habis-habis/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : /begin, start/ at the wrong ~, salah caranya dr mula; come to an ~, berakhir; (of world) kiamat: the journey was coming to an ~, perjalanan itu akan berakhir; the world will come to an ~, dunia akan kiamat; come to a bad ~, jadi buruk padahnya; /gain, win, achieve/ o’s ~s, mencapai /tujuan, matlamat/ sso; /get, have/ hold of the wrong ~ of the stick, salah /anggap, sangka/; go off the deep ~, naik radang: he went off the deep ~ at the slightest provocation, dia naik radang apabila diberangsang walaupun sedikit saja; in the ~, akhirnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. destruction, kemusnahan, musnah: a tanker that met its ~ in a hurricane, kapal yg musnah dlm badai; the city came to a violent ~, kota itu musnah teruk; 7. purpose, aim, matlamat, tujuan: he was acting solely for his own ~s, dia bertindak semata-mata utk tujuannya sendiri; the legislation was enacted to that ~, undang-undang tersebut diperbuat utk mencapai tujuan itu; ~ of the road, (fig.) sampai ke jalan buntu; ~ on, a. with ends meeting, (hujung) bertemu hujung: the two ships collided ~ on, kedua-dua kapal itu berlanggar hujung bertemu hujung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. share, part, portion, [various translations]: his ~ of the bargain, bahagiannya dlm tawar-menawar itu; no problem at my ~, tdk ada masalah bagi diri saya; 5. (often in pl) remnant, fragment, a. (of cigarette, candle) puntung; b. (of cloth, rope) hujung-hujung: they are selling ~s of material cheaply, mereka menjual hujung-hujung kain dgn murah; 6. a ceasing to exist, a. death, [various translations]: his ~ was peaceful, dia mati dgn tenang; he is nearing his ~, dia hampir mati; she came to an untimely ~, dia mati muda; an opponent of slavery till his very ~, penentang perhambaan sehingga ke akhir hayat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. extremity of road, line, etc, farthest point, hujung: he sat at the ~ of the table, dia duduk di hujung meja itu; you hold the other ~ of the string, kamu pegang hujung tali yg satu lagi itu; they live in the ~ house, mereka tinggal di rumah hujung; 2. extreme extent, limit, degree, takat: I am at the ~ of my patience, saya telah sampai ke takat kesabaran saya; 3. conclusion, completion, tamat, akhir; (of day, year) akhir: the ~ of the war, akhir peperangan; the ~ of a story, akhir cerita; they’re getting married at the ~ of the year, mereka akan berkahwin pd akhir tahun; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. with end facing one, dgn hujungnya tertegak: the iron rod fell to the ground ~ on, batang besi itu jatuh dgn hujungnya tertegak ke tanah; ~ to ~, hujung dgn hujung: the boxes were arranged ~ to ~, kotak-kotak itu disusun hujung dgn hujung; at an ~, a. over, berakhir: the reign of terror was at an ~, pemerintahan ganas itu telah berakhir; b. exhausted, kehabisan, habis: he gambled until his money was at an ~, dia berjudi sehingga wangnya habis; at o’s wits’ ~, tenggelam punca: he was at his wit’s ~ on how to deal with the problem, dia tenggelam punca dlm hal mengendalikan masalah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. bring to an end, mengakhiri, menamatkan: he ~ed his performance with a song, dia mengakhiri persembahannya dgn sebuah lagu; his illness ~ed his career, penyakitnya mengakhiri kerjayanya; 2. cause to die, menamatkan: a bullet through the heart ~ed his life, peluru yg menembusi jantungnya menamatkan riwayatnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in, a. have st at its end, di hujung: the rope ~ed in a knot, tali itu bersimpul di hujung; b. result in, berakhir dgn: the meeting ~ed in disorder, mesyuarat itu berakhir dgn kekacauan: their marriage ~ed in divorce, perkahwinan mereka berakhir dgn perceraian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata end

Peribahasa

636

He who wills the end, wills the mean

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Hati hendak semua jadi

My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hati hendak semua jadi . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
istilah "end-of-use" atau "end use": The ultimate application for which a product has been designed

Saudara Thanapa,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'end use' ialah kegunaan akhir. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Web DBP.  

Istilah05.08.2009
Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'private' dalam ayat ini: 'Your calls stay private with end-to-end encryption'. Adakah terjemahan ini betul: 'Panggilan anda kekal tertutup dengan penyulitan menyeluruh'. Terima kasih.Perkataan "private" dalam ayat yang dikemukakan sesuai diterjemahkan sebagai "sulit".Makna27.08.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Lizawati Salahuddin pensyarah dari Jabatan Kejuteraan Perisian, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan perkataan back end. 1. Yang manakah penggunaan perkataan yang betul dalam bidang komputer: back end, backend, ATAU back-end? 2. Apakah istilah rasmi Bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dalam bidang komputer? Mohon kepastian daripada pihak DBP. Terima kasih.

Waalaikumussalam. 1. Dalam bidang komputer, kelazimannya ejaan yang digunakan ialah back-end (dengan tanda sempang). 2. Istilah dalam bahasa Melayu untuk back-end dalam bidang komputer ialah:

  1. back-end = bahagian belakang
  2. back-end tools = alat bahagian belakang
  3. back-end phases = fasa bahagian belakang
  4. back-end processor = pemproses bahagian belakang
Sekian. Terima kasih.
Istilah15.05.2017
Apakah terjemahan yang paling bersesuain untuk perkataan 'customise talent management', 'work-life balance', botom-up approach' dan 'front-end and back-end processes' Terima kasihPertanyaan yang dikemukakan tidak pula menyatakan penggunaan khusus istilah tersebut dalam bidang tertentu. Maka cadangan kami:
1. Membina Pengurusan Bakat
2. Keseimbangan Budaya Kerja
3. Kaedah Bawah-Atas
4. Proses Bahagian Depan dan Belakang atau Proses Pemisahan Lapisan Depan dan Belakang
Penyemakan dan penterjemahan28.04.2015
Apakah kosa kata atau verbatim untuk istilah End Life Vehicle?Cadangan terjemahan bagi 'End Life Vehicle' ialah jangka hayat kenderaan atau akhir hayat kenderaanMakna10.12.2021
Kami telah membuat carian berkenaan perkataan “open-end” di PRPM dan mendapati padanan yang dibuat adalah “hujung terbuka”. Walau bagaimanapun, dalam konteks peruntukan di bawah ini kami berpandangan bahawa padanan “bahagian terbuka” adalah lebih tepat. Bolehkah padanan “bahagian terbuka” digunakan bagi maksud ini? “16. (3) For the purposes of paragraph (1)(a), a package shall be deemed to have been sealed if— (a) …;and (b) in the case of paper package, the open end of such package has been folded over and such fold is secured in position by an adhesive tape or other effective means. (3) Bagi maksud perenggan (1)(a), sesuatu bungkusan hendaklah disifatkan telah tertutup jika— (a) …; dan (b) dalam hal bungkusan kertas, bahagian terbuka bungkusan itu telah dilipatkan dan lipatan itu dilekatkan pada tempatnya dengan kertas pelekat atau dengan apa-apa cara lain yang berkesan.”.
Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah "open-end" dalam bahasa Melayu ialah "hujung terbuka; terbuka".

Bagi terjemahan ayat mengikut konteks, cadangan sesuai bagi frasa "open end of such package" ialah "hujung terbuka pada bungkusan tersebut". Terjemahan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.


Lain-lain28.05.2021
Adakah End User License Agreement atau EULA yang digunakan di setiap penggunaan aplikasi telefon pintar perlu diterjemah? Contoh ayat: Penggunaan perkhidmatan kami atau ABC ONLINE dikawal oleh panduan ini yang menjadi tambahan kepada EULA ABC ONLINE yang boleh dibaca di sini.Frasa tersebut perlu diterjemahkan. Padanan terjemahan yang sesuai ialah Perjanjian Lesen Pengguna Akhir [End User License Agreement (EULA)] bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Penyemakan dan penterjemahan05.02.2024
Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah: 1. experiencing self 2. remembering/evaluating self 3. peak-end 4. duration neglect 5. common error 6. focusing illusionCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi experiencing self ialah swaalami, remembering self ialah swaingati, peak-end ialah hujung puncak, duration neglect ialah pengabaian tempoh, common error ialah kesalahan lazim, dan focusing illusion ialah ilusi berfokus.

Istilah06.01.2024
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012
Saya ingin kepastian terjemahan ayat "End of Part C". "Tamat Bahagian C" atau "Bahagian C Tamat"?. Terjemahan yang manakah lebih tepat? Terima kasih.

Terjemahan yang lebih tepat ialah “Bahagian C Tamat.”

Penyemakan dan penterjemahan26.07.2024
123

Kembali ke atas