Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasih | Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya" | Lain-lain | 25.05.2016 |
Salam tuan puan. Saya nak bertanya macam terjemahan terbaik bahasa eng dibawah untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: Intergrative Pain International Network BM : Pertubuhan RAwatan Intergrasi Kesakitan Antarabangsa Kami di inquiry oleh Pendaftar Pertubuhan perkataan Kesakitan | Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Cadangan padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 21.09.2021 |
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih. | “Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 27.05.2020 |
saya ingin bertanya translation ENG ke BM untuk ayat berikut: 1. plant-based luncheon 2. spicy palnt-based luncheon 3. plant-based minced meat with bean paste terima kasih atas kesudian pihak Tuan untuk membantu. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:
1. plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan 2. spicy plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan berempah 3. plant-based minced meat with bean paste: daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang/ daging kisar organik dengan taucu Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 25.05.2021 |
saya diarahkan untuk menyemak sebuah buku eng yang telah translet dalam bm. soalan saya adalah :- (1) adakah DBP menyediakan khidmat translator? (2) jika ya, berapa kosnya? dan berapa lama masa yang diambil? (3) jika tidak, ada perkhidmatan untuk menyemak buku yang telah ditranslet? | Salam. Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat penterjemah, penterjemahan, semakan terjemahan. Walau bagaimanapun, saudara mungkin boleh memohon bantuan dari Persatuan Penterjemah Malaysia dengan menghubungi Puan Saodah, Setiausaha Kehormat, di talian +6012-2067076. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Mohon pandangan tuan sekiranya terjemahan ini tepat: Eng: Coalition Agreement 2017 by Netherlands Authority For Consumer and Markets BM: Perjanjian Gabungan 2017 oleh Pihak Berkuasa Belanda Bagi Pengguna dan Pasaran. | Terjemahan yang diberikan adalah bertepatan dengan ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 31.10.2022 |
saya ingin megesahkan terjemahan nama produk seperti dibawah: ENG: coconut milk enhanced with coconut water BM: santan kelapa dipertingkat dengan air kelapa atau terjemahan lain yang sesuai. Terima Kasih. | Cadangan terjemahan, "Pengeluaran santan dipertingkatkan dengan air kelapa". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2022 |
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggara | Terjemahan yang betul untuk "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara . | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2014 |
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih. | Ayat yang betul seperti berikut: 1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Salam Tuan, mohon dapatkan terjemahan terbaik dari bahasa Inggeris untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: HUMANITARIAN, RURAL AND REMOTE HEALTHCARE PROFESSIONALS SERVICES AND MANAGEMENT ORGANIZATION. Apakah ianya boleh diterjemahkan sebagai: PERTUBUHAN PROFESIONAL-PROFESIONAL PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN, LUAR BANDAR DAN TERPENCIL? Ataupun istilah "ahli profesional" lebih sesuai? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Humanitarian, Rural and Remote Healthcare Professional Services and Management Organisation ialah Organisasi Perkhidmatan dan Pengurusan Profesional Penjagaan Kesihatan Kemanusiaan, Luar Bandar dan Terpencil. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2024 |