Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, Khalid | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel. | Istilah | 07.07.2011 |
Saya ingin tahu padanan BM untuk 'genetic engineering' dan 'genetically engineered" Terima kasih. | Genetic engineering bermaksud kejuruteraan genetik. Manakala untuk perkataan genetically engineered, pihak kami tidak mempunyai data yang khusus. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tereka bentuk secara genetik. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2015 |
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan penyataan tersebut ke bahasa Melayu. Terima kasih. "Manufacturing Engineering Sealing Solution" | Tiada maklumat berkaitan frasa "Manufacturing Engineering Sealing Solution" dalam data DBP. Mohon tuan dapat memberikan konteks penggunaan atau ayat bagi frasa ini bagi membolehkan kami memberikan cadangan padanannya. | Istilah | 15.10.2014 |
Apakah maksud tepat untuk bahasa melayu bagi Engineering Localization. Adakah penyetempatan perkataan yang sesuai? Maksud disini ialah teknologi luar negara yang kita bangunkan di dalam negara dengan menggunakan keupayaan kejuruteraan tempatan. Terima kasih | Padanan bagi istilah 'engineering localization' ialah penyetempatan kejuruteraan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.07.2022 |
istillah mana yang betul - 'kejuruteraan mekanik' atau 'kejuruteraan mekanikal' untuk perkataan 'mechanical engineering' kerana kedua-dua istillah ini digunakan oleh lain jabatan kerajaan | Istilah yang betul ialah 'kejuruteraan mekanik' bagi 'mechanical engineering'. | Istilah | 19.08.2006 |
What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse Management | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Agile Execution: Perlakuan Lincah 2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan 3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 01.04.2021 |
Persatuan ‘Women in Engineering Affinity Group’ dalam BM. | Mohon tuan/puan menterjemahkan dahulu nama persatuan tersebut dalam bahasa Melayu. Pihak kami akan menyemak nama persatuan tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2024 |
Assalamualaikum, Saya Siti Fairus dari Syarikat Fire Tech Engineering. Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan pihak DBP dalam mengesahkan ejaan beberapa perkataan rumi kepada jawi bagi projek pemasangan papantanda bagi projek PERKESO Kuantan sebelum ini. Saya ingin meminta bantuan sekali lagi untuk mengesahkan ejaan yang betul bagi perkataan seperti di bawah dalam tulisan JAWI: "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan pihak tuan/puan. | Ejaan Jawi untuk "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" ialah “سبواه اڬينسي دباوه کمنترين سومبر ماءنسي” Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan peralihan ejaan daripada Rumi kepada Jawi. Pihak kami hanya membantu menyemak perkataan Rumi yang telah dijawikan sahaja. Ejaan Jawi boleh dirujuk melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (DBP, 2016). Namun, jika perkataan tersebut tiada, tuan boleh mengemukakan pertanyaan melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas, tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200. | Lain-lain | 07.04.2025 |
Salam Sejahtera, saya hamizah wakil syarikat coastal marine engineering sdn bhd ingin membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan di atas permohonan secara talian. Mohon pihak anda dapat memberi tunjuk ajar kepada saya,untuk mendaftar lesen premis perniagaan dan iklan secara permohonan atas talian untk syarikat kami. sekian terima kasih. hamizah ismail kerani pejabat | Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan, klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Sila ikuti panduan dalam domain tersebut untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 05.05.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah salah seorang pekerja di syarikat HH TECH ENGINEERING yang bertanggungjawab untuk pemasangan papan tanda rakan kongsi syarikat kami yang baharu. Setelah membuat permohonan mempamerkan papan tanda ke Majlis Perbandaran Seri Manjung, Perak mereka meminta untuk pihak saya membuat permohonan pengesahan bahasa bagi papan tanda tersebut. Apakah cara prosedur nya Puan? | Untuk pengesahan iklan, sila kemuakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Untuk pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu dan setelah memperoleh kata laluan, masuk semula dalam sistem berkenaan dan pilih Daftar Iklan. | Lain-lain | 09.11.2017 |