SALAM... APAKAH GELARAN UNTUK ENGKU, UNGKU DAN TENGKU. ADAKAH BOLEH DIGUNAKAN Y.M. (YANG MULIA) | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama..... | Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. | Lain-lain | 21.09.2011 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |
selenggara | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. | Istilah | 07.02.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang: 1/ Binaan ayat dengan perkataan tercampak. Ayatnya berbunyi: Kakak tercampak pen itu kerana terkejut. Adakah ayat ini betul? 2/ Makna perkataan tinggi dalam ayat ini bolehkah diterima jika pelajar menggunakan perkataan kuat. Ayat: Stamina yang tinggi dengan stamina yang kuat, adakah membawa maksud yang sama? Terima kasih | Engku Nor Azura, Untuk makluman puan, ayat no. 1 adalah betul. Manakala ayat no. 2, yang berkaitan dengan keupayaan atau daya tahan seseorang. Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata yang betul dari segi tatabahasa ialah stamina yang kuat bukannya stamina yang tinggi. Hal ini demikian, kerana kata kuat menggambarkan kekuatan tenaga seseorang, manakala kata tinggi menggambarkan keadaan saiz seseorang sama ada tinggi atau rendah. | Tatabahasa | 21.05.2009 |