| saya memerlukan terjemahan English ke Melayu berkenaan dengan istilah destructive sampling, adaptive filter dan enhanced filter. Mohon jasa baik pihak DBP untuk memuatkan istilah ini dalam kamus English - Melayu untuk memperkasakan Bahasa Melayu untuk penyelidikan saintifik | Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan istilah yang ingin diberikan, tuan/puan boleh melayari laman web http://ekamus.dbp.gov.my/ Untuk terjemahan destructive sampling masih belum ada dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, cadangan terjemahan bagi istilah ini ialah persampelan musnah. Manakala adaptive filter ialah penapis mudah suai. Istilah yang sesuai bagi enhanced filter pula ialah penapis tertingkat. Sekian terima kasih | Istilah | 03.02.2017 |
| saya ingin megesahkan terjemahan nama produk seperti dibawah: ENG: coconut milk enhanced with coconut water BM: santan kelapa dipertingkat dengan air kelapa atau terjemahan lain yang sesuai. Terima Kasih. | Cadangan terjemahan, "Pengeluaran santan dipertingkatkan dengan air kelapa". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2022 |
| Salam , terjemahan apa yang sesuai bagi perkataan "nanocages encapsulation" ? Contoh ayat ialah "The ferritin nanocages encapsulation enhanced the solubility" , bolehkah menggunakan "enkapsulasi nanosangkar" ? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'nanocages encapsulation' ialah penkapsulan nanosangkar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 21.09.2022 |
| Apakah terjemahan dalam bahasa melayu yang tepat bagi: 1. Adaptive learning systems 2. AI-Driven Personalized Learning 3. Intelligent Tutoring Systems 4. Natural Language Processing (NLP) 5. Enhanced Personalized Learning 6.Bias in AI Algorithms | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2024 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ambil maklum yang istilah "due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar". Lanjutan daripada itu, saya ingin mohon pencerahan, adakah "customer due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar atas pelanggan" atau "usaha wajar pelanggan"? Bagaimana pula dengan "enhanced due diligence" dan "ongoing due diligence"? Adakah terjemahan yang betul ialah "usaha wajar dipertingkat atas pelanggan" dan "usaha wajar berterusan atas pelanggan"? Saya ada menemui penggunaan "uji tundas" sebagai terjemahan istilah "due diligence"; adakah terjemahan ini wujud dan betul? Terima kasih. | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: customer due diligence - kaedah penilaian pelanggan enhanced due diligence - kaedah penilaian dipertingkat ongoing due diligence - kaedah penilaian berterusan Untuk makluman, istilah "uji tundas" tiada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah di atas juga bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.06.2021 |
| Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Saya merujuk kepada pertanyaan saya pada 07/06/2021 tentang terjemahan beberapa istilah berkaitan “due diligence” dan nasihat DBP pada 08/06/2021 yang mencadangkan “kaedah penilaian”. Dalam konteks ayat berikut (yang diambil daripada dokumen polisi BNM), bolehkah “due diligence” diterjemahkan sebagai “penilaian wajar”? “Based on the Customer Due Diligence (CDD) information obtained at point of on-boarding new customers, or ongoing CDD information obtained from existing customers, as the case may be, a reporting institution is expected to determine the ML/TF risk profile of each customer…” “Employees who deal directly with customers or establish business relationships may be trained to conduct CDD and on-going due diligence, including circumstances where enhanced CDD is required in higher risk situations.” Terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, due diligence juga boleh diterjemahkan sebagai penilaian wajar. | Lain-lain | 09.06.2021 |