Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.jin] | اينجين

Definisi : (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik; ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.jin] | اينجين

Definisi : /énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enjin

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi, apakah istilah "search engine" yang tepat? "Enjin carian" atau "enjin gelintaran"?Menurut istilah "search engine" ialah "enjin carian".Istilah04.08.2007
apa maksud penerapan menurut kamus dewanMakna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan.Makna04.10.2009
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin

Saudara,

Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara.

Istilah19.10.2009
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih.

Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih

 

Ejaan30.06.2009
pragmatis

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.11.2010
maksud 'lanai'

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain03.11.2010
maklumat berkenaan ETHNOGRAPHY OF COMMUNICATIONAnda boleh melayari enjin pencarian Googles dan banyak maklumat mengenai bahan yang anda sedang cari. Dan anda juga boleh ke Perpustakaan Negara Malaysia kerana terdapat bahan "Ethnography of communication codes in East Java / Soeseno Kartomihardjo di bahagian rujukan.Lain-lain05.08.2007
definisi jelas

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain10.12.2010
Makna Stilistik

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain07.03.2010
telinga kuali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas