| Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan. Terima kasih atas maklumbalas, namun begitu saya masih keliru, adakah "antusiasme" boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...kerana saya ingin menggabungkan altruisme, harmonisme dan antusiasme...seperti pada jawawapan persolan yang lepas...altruisme dan harmonisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...tetapi bagaimana dengan "antusiasme"? | Berdasarkan semakan kami, perkataan "enthusiasm" dipadankan dengan perkataan "bersemangat" atau "keghairahan" dan perkataan "antusiasme" tiada dalam data kami. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan "antusiasme" tidak digunakan dalam penulisan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 22.08.2023 |
| Adakah antusiasme boleh digunakan dalam penulisan bahasa Malaysia yang merujuk kepada bersemangat? | Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan. | Lain-lain | 20.08.2023 |