Saya telah menerima maklumat mengenai entri-entri baharu dalam Kamus Dewan. Di manakah boleh saya dapatkan keseluruhan entri baharu tersebut? | Tidak ada satu senarai entri baru sebagai eceran daripada Kamus Dewan. Entri baru dimasukkan pada setiap kali edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 15.08.2011 |
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja. | Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP. | Lain-lain | 10.03.2013 |
Ungkapan “di bawah entri” atau “bawah entri, “di bawah naungan” atau “bawah naungan” dan “di bawah peraturan” atau “bawah peraturan”? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah di bawah entri, di bawah naungan dan di bawah peraturan. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan. Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan. | Istilah | 08.02.2012 |
Berapakah jumlah entri dalam kamus pelajar edisi pertama dan edisi kedua ? Sekian terima kasih. | Jumlah entri Kamus Pelajar ialah 24,000 dan jumlah entri Kamus Pelajar, Edisi Kedua ialah 28,000. | Lain-lain | 24.10.2011 |
Saya Jusmawati pensyarah dari UIAM. Saya sedang menjalankan kajian leksikal menggunakan Kamus Dewan edisi keempat. Saya perlukan maklumat tentang kamus tersebut: 1) berapakah jumlah entri untuk adjektif 2) Jumlah entri untuk kata nama 3) Jumlah entri untuk kata kerja. Kalau boleh dapatkan jumlah entri untuk semua jenis perkataan dalam kamus tersebut adalah lagi baik. Harap dapat bantuan dari pihak DBP. Terima kasih | Sila berhubung dengan Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Perkamusan. | Lain-lain | 26.04.2010 |
Kamus Dewan (Edisi Keempat) mempunyai berapa jumlah entri? | Sekitar 82,900 kata masukan Kamus Dewan dengan pecahannya, 34,578 entri, 24,180 subentri dan 24,142 frasa entri. Lihat halaman belakang sarung Kamus Dewan. | Lain-lain | 01.10.2012 |
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | 1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia. Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia. 2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 20.02.2013 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |