Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. of, rel to the natural world, alam sekitar, persekitaran: ~ pollutants, bahan cemar alam sekitar; 2. of, caused by o’s surroundings, persekitaran: many ~ factors must be considered when dealing with these children, banyak faktor persekitaran yg mesti diambil kira apabila menghadapi kanak-kanak ini. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata environmental


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawatan 'Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran' sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan menjadi 'Assistant Environmental Health Officer' atau 'Environmental Health Assistant'? Sehingga kini, kami menggunakan Assistant Environmental Health OfficerPadanan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi nama jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah "Assistant Environmental Health Officers". Untuk makluman, perkataan "officer" juga perlu diterjemahkan sebagai "pegawai" (Rujukan tambahan: Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)Lain-lain15.10.2020
environment/environmentalalam sekitar/persekitaranLain-lain10.02.2009
Saya memerlukan terjemahan bahasa melayu bagi perkataan ' Environmental citizenship'. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

environmental citizenship - warga alam sekitar

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.01.2022
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam SekitarPadanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar.Makna13.07.2018
saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ayat ini "create an environmental friendly? adakah bermaksud "menyumbang kepada mesra alam?"Cadangan kami, create an environmental friendly diterjemahkan kepada ke arah mesra alam sekitar jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
Salam sejahtera. Mohon sedikit pencerahan bagi terjemahan paling sesuai bagi istilah "Environmental Impact Assessment" dalam konteks perancangan bandar. Terdapat terjemahan berbeza yg diberikan pada laman ini. Terima kasihTerjemahan Environmental Impact Assessment ialah Penilaian Kesan Alam Sekitar.Tatabahasa04.02.2015
Saya mohon bantuan bagi menterjemahkan ayat pOLICY ini KE dalam Bahasa Malaysia. Terima Kasih " SARAWAK ENERGY BERHAD IS COMMITTED TO GENERATE AND SUPPLY ENERGY IN A RELIABLE AND EFFECIENT MANNER. IN CARRYING OUT OUR BUSINESS ACTIVITIES AND OPERATIONS AND IN ENSURING CUSTOMERS' SATISFACTION, WE PROMOTE ENVIRONMENTAL PROTECTION AND WORK SAFETY FOR EMPLOYEES AND THE PUBLIC. IN THIS RESPECT, WE ARE COMMITTED TO: COMPLIANCE WITH ENVIRONMENTAL, SAFETY AND HEALTH LEGISLATIONS AND OTHER REQUIREMENTS AS IMPOSED UNDER THE RELAVENT LAWS; PREVENTION OF INJURY AND ILL-HEALTH, POLLUTION OR OTHER ADVERSE IMPACT OF OUR ACTIVITIES THROUGH MANAGEMENT PROGRAMMES, OBJECTIVES AND TARGETS; PROVISION OF INFORMATION, INSTRUCTION, TRAINING, SUPERVISION AND RESOURCES FOR THE IMPROVEMENT OF ENVIRONMENT, SAFETY AND HEALTH PERFORMANCE; AND CONTINUAL IMPROVEMENT OF OUR ENVIRONMENTAL, SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT SYSTEM THROUGH EFFECTIVE MANAGEMENT REVIEWS AND ENHANCEMENT.Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang diterjemahkan (terhad kepada 100 perkataan). Oleh itu, tuan perlu menterjemah terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut.Lain-lain03.08.2012
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk "land disturbing activitiy means any project development that is subject to Section 34A Environmental Quality Act 1974 that involves activities such as clearing of trees or vegetation, excavating, raising or sloping of ground, trenching, grading and blasting" saya mengunakan terjemahan seperti berikut: "aktiviti gangguan tanah," merujuk kepada sebarang projek pembangunan yang tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti penebangan pokok atau tumbuhan, memindahkan tanah, bahan batuan atau bahan-bahan lain, perubahan kepada ketinggian dan kecerunan tanah, penggalian, kerja-kerja melibatkan perubahan kecerunan dan letupan"Ayat yang lebih sesuai bagi terjemahan yang diberikan ialah "Aktiviti gangguan tanah merujuk sebarang projek pembangunan yang tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan aktiviti seperti penebangan pokok atau tumbuh-tumbuhan, penggalian, menaikkan atau mencerunkan tanah, parit, penggredan dan letupan."Makna26.07.2023
Assalamualaikum, saya pelajar dari jurusan Docyor in Business Admin dari UiTM Sabah, saya ingin memohon terjemahan untuk tajuk penyelidikan saya iaitu (Social Media Influencer Towards Pro-Environmental Intention)Sila bagi terjemahan yang saudara maksudkan dalam bahasa Melayu dan pihak kami akan membuat semakan dan pembetulan jika terdapat kesalahan.Lain-lain04.03.2019
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam bahasa Inggeris? Bagaimanakah ejaan yang tepat dalam tulisan jawi untuk nama ZAHIRUDDIN?Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Environmental Health Officer.Lain-lain16.12.2020
12

Kembali ke atas