Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pal] | ايڤل

Definisi : (épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pal] | ايڤل

Definisi : /épal/ nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya dpt dimakan), Malus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat (1) Saya makan epal setiap hari. (2) Saya makan epal pada setiap hari. (3) Setiap minggu Saya makan epal. (4) Pada setiap minggu, saya makan epal. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Salam sejahtera,

Semua frasa betul kecuali frasa (3) Setiap minggu, saya makan epal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.05.2019
Ayat mana yang betul? A) Saya memberikan ibu saya sebiji epal. B) Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya. dan A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya".Tatabahasa08.11.2009
Selamat petang. Nak tanya, ayat berikut betulkah? 1. Milik siapa epal semua itu? 2. Epal semua ini berharga lapan ringgit. Perkataan yang ditegaskan ialah semua ini/ semua itu. Adakah penggunaanya betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Milik siap semua epal itu?"

2. Ayat yang betul ialah "Semua epal ini berharga lapan ringgit."

Tatabahasa12.07.2019
"Salam DBP, Apakah terjemahan perkataan ini " apple to apple"Jika frasa ‘apple to apple’ diterjemahkan dalam bahasa Melayu maka akan jadi ‘epal sama epal’. Namun jika maksud simpulan bahasa Inggeris ini dalam bahasa Melayu yang ditanya, simpulan bahasa ini membawa maksud membuat perbandingan yang sewajarnya, iaitu dalam kumpulan yang sama.Makna30.06.2014
A)Mei Ling makan (buah) oren atau (buah) epal? B)Mei Ling makan (buah) oren atau epal? Ayat yang mana satu betul?Mei Ling makan buah oren atau epal?Tatabahasa03.05.2017
Salam sejahtera. Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Siti suka makan buah-buahan contohnya betik, epal dan manggis. B) Siti suka makan buah-buahan. Contohnya, betik, epal dan manggis. C) Siti suka makan buah-buahan contohnya, betik, epal dan manggis.Ayat yang lebih tepat ialah "Siti suka makan buah-buahan seperti betik, epal dan manggis."Tatabahasa14.02.2014
Ayat mana yang betul? A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih.Yang betulnya ialah 'saya memberi ibu saya sebiji epal.Tatabahasa10.11.2009
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan penjodoh bilangan "biji" dan "buah"? Contohnya: (1) Biji durian atau buah durian (2) Biji epal atau buah epal Terima kasih

Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan untnk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.

Penggunaan perkataan buah dan biji dalam “buah durian” dan “biji durian” bukanlah penjodoh bilangan.

 Penjodoh bilangan untuk durian ialah “biji”  iaitu “sebiji durian” bukan “sebuah durian”. Ayat “sebiji buah durian” boleh membantu anda memahami penjodoh bilangan.

Tatabahasa13.02.2014
Tuan, adakah penggunaan perkataan 'bocor' ini betul? "Buah epal itu tercicir di atas jlan kerana plastiknya bocor" aekiranya perkataan 'bocor ' salah apakah perkataan yang dapat menggantikannya..Bocor bermaksud berlubang hingga air atau angin dapat tembus. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah pecah.Tatabahasa21.05.2012
Bagaimana hendak membezakan sebutan e- emak dan e-epal??Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui lafaz huruf e, sama ada e taling atau e pepet. Bagi  huruf e taling cara sebutannya dinyatakan di dalam kurungan.Ejaan01.08.2008
12

Kembali ke atas